Quantcast
Channel: Ahmad Fauzi Aryaan
Viewing all 69 articles
Browse latest View live

Nasi Ambeng | Makanan Tradisi Masyarakat Jawa

$
0
0

Nasi Ambeng | Makanan Tradisi Masyarakat Jawa | Nasi Ambeng yang sangat popular dikalangan masyarakat jawa ini selalunya akan muncul ketika  majlis keraian seperti kenduri kawen atau pun lain-lain kenduri. Semalam sempat laaa abam merasai nasi ambeng setelah sekian lama tak merasainya. TQ jiran sebelah rumah sebab cuba mengembalikan nasi ambeng walaupun dalam keadaan moden iaitu dibungkus siap-siap. 

Kalau dahulunya, nasi ambeng ini akan dihidangkan dengan menggunakan talam / dulang dan biasanya tetamu akan duduk secara bersila dan 1 dulang akan dikongsi bersama empat orang tetamu. Kebiasaannya tetamu akan menjamah sedikit dan selebihnya akan dibungkus dan diberikan kepada 4 bahagian. Korang boleh bayangkan tak bila sedulang lauk. Mau terpitam kejap tengok kan. 

Untuk pengetahuan semua yang tidak mengenali apa itu nasi ambeng, nasi ambeng mengandungi nasi putih sebagai main dish dan ditambah dengan lauk-lauk lain seperti ayam masak merah / ayam masak kicap / ayam masak sambal. Selain itu menu WAJIB yang berasaskan tempe mesti ada tak kiralah dimasak bagaimanpun seperti masak sayur campur / sambal tempe, serunding kelapa dan juga menu tambahan seperti mee goreng / bee hoon goreng mesti ada. Tidak lupa ikan masin bulu ayam mesti ada, barulah lengkap juadah nasi ambeng ini. 

Sekarang ni dah jarang orang-orang jawa mengamalkan tradisi ini dan kalau ada mereka akan tempah & siap-siap bungkus yang mungkin berharga RM5.00 - RM8.00 sebungkus bagi memudahkan tetamu bawak balik. Tapi perasaan makan bersama didalam dulang mesti sangat menyeronokkan. 

Pengalaman abam masa abam kaw muda-muda pernah jugak laaa merasa makan didalam dulang ni, tapi kini dh sangat jarang berlaku. Kena kembalikan zaman kemahsyuran tradisi nasi ambeng


PNB ILHAM RESORT Port Dickson | Lokasi Percutian Selesa

$
0
0

PNB ILHAM RESORT Port Dickson | Lokasi Percutian Selesa| Terima kasih kepada PNB ILHAM RESORT kerana memberi peluang abam kaw dan beberapa rakan lain untuk menginap di resort yang dikatakan sangat ohsem !!! 

Perjalanan dari Bangi ke PNB ILHAM RESORT ini memakan masa lebih kurang 2 jam dan korang akan exit ke Port Dickson. Lokasi resort ini adalah berdekatan dengan Teluk Kemang dan Kem Tentera. 

Voucher yang diberikan
Sebenarnya abam kaw telah memenangi pakej percutian 2 hari 1 malam untuk jenis bilik standard room kerana telah menjawab soalan bagi program yang telah dianjurkan oleh radio EWANA.FM

Sebaik melangkah sampai ke resort yang dikategorikan sebagai hotel bertaraf 4 bintang ini, abam kaw diberitahu bahawa sedikit perubahan telah berlaku dimana kami diberikan bilik didalam sebuah apartment. Wow tak dapat bayangkan bagaimana keadaan apartment yang akan abam kaw terima nanti.

Bila buka jeee pintu apartment kami, ini dia yang abam sediakan untuk tontonan korang semua.

Keadaan apartment yang sangat-sangat selesa dengan ruang makan yang serba ringkas, ruang menonton tv yang sangat selesa dan juga diberikan dapur yang simple sesuai untuk membancuh air. 

Ruang makan dan ruang tamu
Dapur yang ringkas
Ruang tamu dan ruang santai
Beralih pula bilik kami pula. Yesss ini adalah keadaan bilik yang abam kaw terima . Bilik ini menyediakan 2 single katil yang sangat selesa. Secara keseluruhannya, abam kaw sangat-sangat mencadangkan kepada sesiapa yang ingin bercuti kesini.

2 katil bujang
Ruangan lain
Sebenarnya sepanjang 2 hari 1 malam disini, tiada apa aktiviti yang dapat dilakukan bagi abam kaw ni haa disebabkan masa yang terlalu singkat. So abam dan rakan-rakan lain membuat keputusan untuk berjalan-jalan ke pantai yang berhampiran dengan resort ini.

Oh sungguh terkejut bila abam sampai kesini kerana selama ini abam sangkakakn PD sebuah pantai yang sangat keruh. Tetapi kawasan disini sangat jernih air lautnya.Memang abam sangat-sangat tak sangka PD mempunyai air laut yang jernih seperti dikawasan ini. Abam lihat memang kawasan ini masih ramai yang tidak tahu lagi dan seperti biasa Teluk Kemang menjadi lokasi yang sangat padat dek pengunjung yang ramai. 

Rakan yang menemani 
Abam bersama mereka
So aktivit yang ditunggu-tunggu adalah mandi manda menjadi topik utama. Rugi pulak bila tengiok air dah jernih tak mandi kan. So ape lagi, mandi time !!!!

Yesss sangat best !!
Lepas berenang-renang di laut ni, kami pun balik ke resort untuk merasai apa servis yang yang diberikan oleh pihak resort. Tak guna kang nanti rugi pulak. So jom terjun !!!

Kolam disini adalah yang paling best pernah abam kaw rasai kerana keadaan yang boleh dikatakan selesa dan kedalaman yang sesuai dan tidak membahayakan pengunjung.

Merasai kolam renang disini
Secara keseluruhannya abam kaw berasa sangat berpuas hati dengan service yang diberikan selama 2 hari 1 malam disana. 

Kepada yang ingin berkunjung dan merasai pengalaman menginap disini bolehlah kealamat berikut:

PNB Ilham Resort Port Dickson
Batu 10 Tanjung Biru (10th Mile, Blue Lagoon) 
71050 Port Dickson , Negeri Sembilan 


Tasik Chini | Tasik Seribu Rahsia

$
0
0

Tasik Chini | Tasik Seribu Rahsia | Pertama kali melangkah ke LAKE CHINI RESORT ini, perasaan adalah sangat teruja dengan kehebatan nama tasik itu sendiri yang sudah gah dikenali. 

Terima kasih kepada LAKE CHINI RESORT kerana menyediakan kemudahan penginapan yang selesa buat abam kaw dan rakan media lain. Sebenarnya abam kaw berada disini adalah kerana bersama-sama dengan pelajar-pelajar dari UIA bagi program KEMBARA AKAR BUDI di Pekan Pahang. 

Lake Chini Resort
Bagi abam kaw, resort ini sangat sesuai bagi mereka yang ingin berbulan madu kerana persekitaran yang sangat mengasyikkan dan kurang gangguan. Memang sangat tenang laa bila berada disini. 

Apa bila melangkah masuk kedalam bilik yang disediakan, abam kaw ala-ala malu-malu kucing kerana dekorasi yang disediakan buat kami memang ala-ala orang nak berbulan madu. Dengan deko tuala yang menyambut kehadiran kami ni sesuai bagi mereka yang ingin berbulan madu. 

Secara keseluruhannya persediaan bilik yang disediakan adalah memenuhi keselesaan dan mungkin boleh ditingkatkan kepada siaran tv yang boleh dikatakan agak sedih. 

Keadaan bilik penginapan
Untuk pengetahuan semua, kami diberikan penginapan disini dengan tujuan untuk membuat liputan mengunakan media sosial yang ada seperti instagram & facebook dan tidak lupa bagi media mainstream, mereka akan membuat liputan untuk stesen masing-masing bagi program yang dibuat oleh pelajar-pelajar UIA ini dan sekaligus membuat keunikan Tasik Chini ini. 

Secara jujur, ini adalah kali pertama abam kaw berada disini dan pernah berharap untuk sampai kesini suatu masa dulu. Alhamdulillah impian menjadi kenyataan bila diberi peluang untuk sampai kesini. 

Jeti Tasik Chini
Secara kesuluruhan, Tasik Chini menyediakan tempat penginapan yang selesa dan bagi pencinta dunia memancing, tasik ini menyediakan segala yang korang inginkan seperti berkayak, camping, jungle tracking juga disediakan disini.

Selain melakukan aktiviti berikut, korang juga berpeluang untuk melihat beberapa kesan yang mungkin misteri ekoran daripada kisah Naga Tasik Chini yang penuh misteri. 

Bila orang tanya abam mengenai misteri Tasik Chini ini, apa yang boleh abam katakan, dimana-mana lokasi akan ada makhluk-makhluk lain yang sama-sama berkongsi dengan kita. Janji kita pandai 'menghormati' mereka dan tidak mengganggu serta tidak membangga diri bila berada ditempat orang. 

Pemandangan yang sangat cantik
Untuk merasai pengalaman disini, korang boleh lawati laman sesawang mereka di www.lakechiniresort.com untuk sebarang info.

Terima kasih kepada LAKE CHINI RESORT kerana sudi menerima abam kaw dan semua team media didalam trip kali ini. 


Murtabak Jawa | Makanan Popular Ranau, Sabah

$
0
0

Murtabak Jawa | Makanan Popular Ranau, Sabah | Korang pernah dengar MURTABAK JAWA? Sebenarnya abam kaw tak pernah dengar makanan ini. Mungkin agak pelik bagi abam kaw ni haaa. 

Bila berkunjung ke Ranau, Sabah korang pasti teruja untuk teruja untuk merasai makanan yang popular di Ranau, Sabah iaitu MURTABAK JAWA. Abam kaw ingat dekat semenanjung jeee ade keturunan jawa ni tetapi disana pun masyarakat jawa sangat ramai sehinggakan makanan ini muncul. Abam kaw sebagai orang jawa pun tak pernah laaa dengar nama murtabak sebegini. 

Untuk pengetahuan semua, murtabak ini agak berlainan sedikit berbanding dengan murtabak disemenanjung keranan MURTABAK JAWA ini isinya adalah sayur kubis. Untuk yang lebih special, isi ayam atau daging akan diletakkan sekali didalam murtabak ini. 

Cara menggoreng murtabak jawa
Cara memasaknya hampir serupa dengan murtabak disemenajung tetapi yang berlainannya adalah ianya dimasak dengan minyak yang agak banyak ala-ala seperti menggoreng. Agak mudah, tetapi orang yang pakar lebih mengetahui cara sebenar untuk membuatnya. Hehehe

Murtabak jawa
Rasa MURTABAK JAWA ini sedikit berlainan kerana cara makannya adalah dengan mencicah sos. Yesss sangat-sangat berlainan bagi abam, kaw ni haa. Struktur murtabak ini adalah rangup dan sangat sedap. Ianya mungkin unik bagi rakan-rakan dari semenanjung yang tidak pernah merasai MURTABAK JAWA ini.  

Sabah memang kaya dengan pelbagai jenis makanan unik kerana disana kita sedia maklum terdapat banyak jenis etnik dan pasti masing-masing punya makanan masing-masing dan patut diketengahkan. 

Apa pun terima kasih kepada Tourism Sabah kerana membawa abam kaw kesini. Sabah best !!!

Penerbangan Malaysia Airlines System (MAS) | Pengalaman Pertama

$
0
0



Penerbangan Malaysia Airlines System (MAS) | Pengalaman Pertama | Alhamdulillah sejak dua menjak aktif didalam dunia blogging ni, abam kaw telah diberi peluang untuk menerokai banyak tempat disemenanjung telah abam kaw terokai. 

Bila diberi peluang untuk sampai ke Kota Kinabalu, Sabah dengan menaiki Malaysia Airlines Sytem (MAS), abam kaw sangat-sangat teruja kerana ini adalah kali pertama abam kaw menaiki jenis penerbangan ini. 


Pertama kali berada di KLIA sebagai salah seorang penumpang disini menjadikan rasa membuak-buak seronok tu menjadi-jadi. Berharap sesuatu yang seronok akan berlaku disana nanti. Lawatan yang abam akan ingat sampai bila-bila.

Terima kasih kepada Malaysia Airlines System (MAS) kerana menaja penerbangan abam kaw pergi  ke Kota Kinabalu, Sabah dan bpulang semula kesemenanjung melalui Tawau, Sabah

Balai berlepas
Bila diberitahu bahawa gate untuk keflight sudah dibuka, perasaan cuak sume ada. Entah laa abam kaw pon tak tahu nak cerita macam mana. Semua bercampur baur didalam diri. Semua kerana pengalaman pertama dengan Malaysia Airlines System (MAS).

Kapal yang akan dinaiki
Langkah demi langkah abam kaw susun dengan teratur semasa menuju ke kapal bagaikan melangkah diatas runway memperagakan pakaian yang indah. Hahahaha. Memang berangan sangat kaw Ahmad Fauzi Aryaan. Hahaha.

Keadaan didalam kapal
Masa untuk mencari tempat duduk. Untuk pengetahuan semua, bilangan rakan media dan rakan blogger lain adalah lebih kurang 45 orang dan mostly didalam flight ini adalah rakan-rakan kami. So tiada istilah kekok untuk bertegur sapa. Yess !!!

Kemudahan hiburan yang santai disediakan
Selesai mendapatkan tempat duduk, masa untuk memulakan penerbangan. Penerbangan dari KLIA ke Kota Kinabalu, Sabah memakan masa lebih kurang 2 jam 30 minit. Sepanjang penerbangan, abam sempat laa godak-godak apa kemudahan yang disediakan didalam kapal. 

Setiap orang yang menaiki flight ini akan diberikan sorang satu ear phone untuk mendengar melalui sitem skrin dihadapan tempat duduk. So tidak akan mengganggu orang yang duduk disebelah. 

Hidangan MAS
Penerbangan yang memakan masa 2 jam 30 minit ini tidak akan bosan kerana korang akan dihidangkan dengan makanan. Bagi yang tidak pernah menaiki MAS seperti abam kaw ni haaa, mereka akan memberikan hidungan makanan sebagai lapik perut sepanjang penerbangan. 

Nasi goreng ayam
Nasi putih bersama ikan masak sweet sour.

Antara makanan yang dihidangkan semasa penerbangan abam kaw ni haa. Nasi goreng ayam & nasi putih ikan masak sweet sour beserta sayur goreng campur.

Yess pengalaman yang sangat berharga abam kaw sebagai penumpang Malaysia Airlines System (MAS). Terima kasih MAS kerana membawa abam kaw untuk merasai pengamalan penerbangan kali ini. Terima kasih juga Tourism Sabah kerana membawa kami semua rakan media ke Sabah untuk sesi Regatta Lepa 2014.


Tagal Sungai Moroli | Kisah Ikan Kelah

$
0
0


Tagal Sungai Moroli | Kisah Ikan Kelah | Berlokasi di Tagal Sg. Moroli, Kg. Luanti Rabu, Ranau abam kaw dan beberapa rakan media telah dibawa untuk merasai pengalaman spa ikan disini.

Untuk pengetahuan semua, perjalanan kesini memakan masa lebih kurang 1 jam perjalanan dari Kundasang. Bayaran masuk yang dikenakan adalah RM 5 untuk dewasa dan RM 2 untuk kanak-kanak.

Penerangan oleh Encik Jeffrin
Apa yang diberitahu oleh pemilik tempat ini iaitu Encik Jeffrin Majangki, spa ikan disini adalah berlainan spa ikan disemenanjung kerana kebiasaannya spa ikan yang diginakan di semenanjung adalah daripada jenis anak-anak ikan tetapi disini, pelbagai jenis ikan seperti ikan kelah akan bekerja sebagai 'tukang urut'disini.

Makanan jenis palet diberikan bertujuan untuk memanggil ikan-ikan ini
Untuk memudahkan memanggil ikan-ikan disini, makanan jenis palet akan diberikan supaya mudah mereka menghurungi kita. Ada beberapa jenis ikan disini yang dikatakan masing-masing punyai tugas masing-masing. Ada yang akan mengurut depan badan, ada yang mengurut balakng badan dan ada juga yang bekerja sebagai tukang urut dibahagian kaki. 

Mandi bersama ikan
Sekiranya korang berpeluang untuk mandi bersama ikan-ikan disini, korang boleh merasai bagaimana ikan -ikan ini menjalankan kerja mereka sebagai tukang urut. Terdapat lebih 4000 ekor ikan dan lebih 4 species ikan yang mungkin akan datang bersama untuk mengurut. Untuk pengetahuan semua, ikan-ikan ini telah dijinakkan oleh staf disini supaya mereka jinak untuk berurusan dengan pengunjung disini. 

Spa ikan
Abam kaw hanya sempat untuk merendam kaki sebab tak bawak pakaian mandi bagi merasai bagaimana tukang urut ini menjalankan kerja mereka. Memang sangat teruja dek gigitan serta nyonyotan manja yang dibuat oleh ikan-ikan ni.

Bagi mereka yang ingin merasai spa ikan ni, boleh laa berkunjung ke Tagal Sungai moroli, Ranau Sabah ini. Korang akan merasai sesuatu yang berlainan disini. 

Majlis Pelancaran Havarline Sdn Bhd | Saingan Produk Kecantikan Lain

$
0
0

Majlis Pelancaran Havarline Sdn Bhd | Saingan Produk Kecantikan Lain | Bertempat di The Royale Chulan Damansara, Haverline Diamond Sdn Bhd, sebuah syarikat anak bumuiputera telah melancarkan produk kecantikan iaitu D-Collagen, D-Babes & D-Soap. Abam kaw dan beberapa blogger seta media lain sempat berkunjung bagai memenuhi jemputan yang dibuat. 

Majlis pelancaran. Kredit pic I LUV TOUR [Link]
Majlis telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, YB Senator Dato' Seri Ahamd Basha Md. Hanipah bersama-sama dengan pengasasnya iaitu Che Neam

Pengasas produk. Kredit pic I LUV TOUR [Link]
Didalam ucapan Che Neim, beliau menyatakan produk yang dihasilkan adalah sangat semuala jadi dan yang terpenting adalah ia adalah produk kesihatan kolagen pertama yang mengandungi campuran pitera & sarang burung didalamnya yang menjadikan ianya semakin mendapat tempat didalam pasaran. 

Bersama pengasas Haverline Sdn Bhd. Kredit pic I LUV TOUR [Link]
Untuk pengetahuan semua, kolagen ini sangat sesuai bagi lelaki dan juga wanita. Lelaki pada zaman kini juga mula manjaga penampilan supaya kelihatan bergaya dan indah dimata orang ramai. Produk yang dihasilkan ini juga amat sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah sendi dan juga sesuai bagi yang menyusu bayi dan juga penyakit diabetik. 

Produk dari Haverline Sdn Bhd
Produk yang dijangka hit dipasaran iaitu D-Collagen, D-Babes dan D-Soup keluaran Haverline Sdn Bhd. Untuk pengetahuan semua, D-Collagen ini sesuai bagi lelaki dan wanita. Abam kaw sendiri sudah mula untuk menggunakan D-Collagen dan sedang melihat perubahan yang akan berlaku. D-Babes adalah produk tambahan bagi golongan wanita dan akhir sekali D-Soap juga sesuai bagi lelaki dan wanita yang mempunyai haruman yang sangat best. 

Bagi sesiapa yang ingin mencuba produk ini boleh lawati:

Blog:www.prettydiamond68.blogspot.com
Website:www.dcollagen.asia
Instagram: @oh_mydiamond / @amalina8283
Phone No: 010-3664856 (Fatin)

Abam kaw dah dapatkan produk ini, anda bile lagi???

TUNE HOTEL KLIA2 | Pengalaman Merah Hitam Putih

$
0
0

TUNE HOTEL KLIA2 | Pengalaman Merah Hitam Putih | Perjalanan memakan masa lebih kurang 40 minit dari Stesen ERL Putrajaya dengan hanya RM6.20 untuk sampai ke stesen KLIA2.

Peluang abam kaw untuk bermalam di TUNE HOTEL KLIA2 agak teruja kerana ini adalah pengalaman pertaman abam untuk merasai sendiri pengalaman bermalam dihotel ini yang lokasinya betul-betul bersebelahan dengan terminal KLIA2 & menjadikan lokasi hotel ini agak strategik bagi sesiapa yang akan berlepas agak sedikit lewat dari apa yang dijangka. 

Bila melangkah masuk ke hotel ini, korang akan terpukau dengan hidangan mata yang sangat mengujakan. Warna yang diberikan adalah sangat bomm dengan menggunakan rona merah, putih dan hitam yang sangat sinonim dengan mana-mana yang menjadi salah sebuah anak syarikat AIR ASIA.

Kaunter daftar masuk
Juga disediakan disini adalah ruang lepak-lepak yang sangat ohsem. Tak tau abam kaw nak cakap macam mana. Semuanya sangat cantik. Mule laa abam kaw berangan nak nak deco macam ni. Huhuhu

Tempat lepak yang santai
Ruangan kiosk self check-in turut disediakan di TUNE HOTEL KLIA2 ini bagi memudahkan kepada sesiapa yang tidak sempat untuk check-in sebelum ini. Turut disediakan masa perlepasan dan masa mendarat bagi setiap penerbangan bagi memudahkan pengguna disini.

Kiosk check-in
Kemudahan internet dan komputer juga disini bagi memudahkan pengguna untuk melayari internet. Apa yang abam kaw perasan jam yang dipaparkan didinding menunjukkan keadaan masa disetiap negara yang berlainan. Sangat unik. 

Kemudahan internet. Kredit pic [Link]
Beralih pula ruangan rehat yang terdapat disini. memang sangat cantik dan sangat-sangat selesa. Korang yang sampai kesini pasti akan berpuas hati sangat-sangat dengan fasiliti yang diberikan oleh pihak TUNE HOTEL KLIA2.

Warna yang sangat menarik perhatian
Pelbagai jenis perabut
Ruangan yang sangat selesa
Selesai melihat-lihat apa yang menarik dibahagian lobi hotel tadi, jadi sekarang kita beralih kepada ruangan bilik tidur. Korang tengok dan hakimi sendiri.

Bilik tidur yang diberikan oleh pihak TUNE HOTEL KLIA2 ini memang sangat-sangat selesa. Anggaran keselesaan bilik ini adalah untuk 2 orang. Tapi kalau korang dah sesak sangat, 3 orang sekali masih dianggap selesa.

Untuk pengetahuan semua terdapat 3 jenis bilik yang disediakan disini iaitu double room (312 buah bilik), single room (84 buah bilik)  dan family room (4 buah bilik) yang dianggarkan lebih kurang 400 buah bilik kesemuanya dan adalah TUNE HOTEL terbesar di Malaysia.  

Katil
Untuk pengetahuan semua, apa yang boleh abam kaw simpulkan, dekorasi bilik ini adalah mengamalkan ciri-ciri minimalis dan penggunakan ruang semaksima mungkin. Bilik ini juga tidak disediakan almari baju seperti bilik hotel lain tetapi ruangan sangkutan masih disediakan dan sangat-sangat kemas.

Meja tulis
Kemudahan televisyen juga disediakan bagi mengisi masa yang terluang. Boleh dikatakan setiap ruang bilik digunakan semaksima mungkin dan memang kelihatan sangat cantik.

Dekorasi dinding
Selain bilik yang sangat selesa, jom kita lihat kemudahan tandas pula. Bagi abam kaw, tandas mereka adalah sangat-sangat puas hati tetapi berhati-hati kerana pintu utama ke bilik mandi adalah tidak berkunci dan sedikit transparent. Hahahaha

Mesin pengering rambut
Tandas jenis duduk
Ruang mandi
Secara keseluruhan TUNE HOTEL KLIA2 ini menjanjikan suatu pengalaman yang best semasa bermalam disini. Bagi sesiapa yang ingin merasai pengalaman seperti abam kaw ni haaa, bolehlah ke:

Tune Hotel - klia2 
Lot Pt 13, Jalan KLIA 2/2,
64000 KLIA, Selangor Darul Ehsan

Tel: 03 – 87871720

Website :

Dan sekiranya korang upload gambar diinstagram sepanjang berada disana, korang boleh hashtag kepada #tunehotelklia2 .


Buffet Ramadhan Laman Kayangan | Menu Ramadhan Buffet 2014

$
0
0

Buffet Ramadhan Laman Kayangan | Menu Ramadhan Buffet 2014| Bertempat di Laman Kayangan, Kompleks Belia & Kebudayaaan Negeri Selangor, Seksyen 7 Shah Alam telah berlangsung majlis pengenalan kepada pihak blogger dan media menu bagi ramadhan buffet oleh team Laman Kayangan. Lokasinya yang betul-betul mengadap UNISEL dan juga Tasik Seksyen 7 Shah Alam menjadi landmark untuk sampai kesini bagi sesiapa yang tidak biasa untuk kesini. 

Belbagai jenis manisan
Menggunakan konsep ala-ala taman seperti majlis-majlis kendiri kahwin menjadi konsep pilihan team Laman Kayangan kali ini. Berada dibawah khemah yang sangat besar dan dekorasi menggunakan konsep taman ini menjadikan kita seperti berada didalam sebuah majlsi kenduri khawin yang sangat besar. 

Untuk episod kali ini, mereka mengenengahkan makanan melayu yang yang ditambah dengan citarasa jepun seperti sushi, tempayaki dan apa yang berkonsepkan jepun. 

Tempayaki
Pelbagai jenis suhsi
Seperti biasa kambing golek manjadi topik utama dimana-mana lokai buffet ramadhan dan tidak terkecuali di Laman Kayangan ini. Mereka juga menyediakan kambing panggang yang sangat enak dan resepi hanya daripada Laman Kayangan. 

Kambing golek
Selain makanan yang menjadi makanan pilihan, Segi Seri Group menampilkan hidangan yang terbaik hasil cetusan mereka iaitu NASI PANDAN. Nasi yang dikatakan menjadi pilihan penggemar hidangan daripada mereka. 

Buah-buahan & manisan
Manisan
Manisan
Bagi kehadiran bulan ramadhan nanti, Segi Seri Group menawarkan harga serendah RM59.00 perkepala untuk setiap pengunjung. 

Harga yang sangat menarik

Apa pun abam kaw sangat-sangat mencadangkan kepada pembaca blog Ahmad Fauzi Aryaan untuk merasai kelainan yang dibawa di Laman Kayangan ini. Pengalaman berbuka puasa bertemakan ala-ala taman. Sesuatu yang agak berlainan daripada biasa.

Lokasi Laman Kayangan
Terima kasih kepada Laman Kayangan dibawah Seri Segi Group yang popular dengan perkhidmatan katering kerana sudi menerima abam kaw dan blogger lain untuk sesi pengenalan menu buffet ramadhan untuk kali ini. 

Kredit pic I LUV TOUR [Link]
Bagi korang yang ingin merasai menu ini pada bulan ramadhan nanti, korang boleh terus ke Kompleks Belia & Perlancongan Negeri Selangor di Seksyen 7 Shah Alam (berhadapan dengan UNISEL dan juga tasik seksyen 7 Shah Alam) untuk merasai apa yang abam kaw dah rasai dibulan ramadhan nanti atau untuk membuat tempahan boleh ke alamat berikut atau telefon:

SEGI SERI SDN BHD
Wisma Segi Seri,
No. 38A,
Jalan Pelabur A, 23/A, Seksyen 23,
40000 Shah Alam, Selangor


Tel : 03 – 5542 4200 / 5542 4250
012-6864515 / 012-6981793 / 013-3978411
Fax: 03 – 5542 4260 / 55424270


Emel : info@segiseri.com / sales@lamankayangan.com


AIRASIA RED HOT PARTY | TAILOR SWIFT THE RED TOUR

$
0
0

AIRASIA RED HOT PARTY | TAILOR SWIFT THE RED TOUR | Bertempat di Mandarin Oriental Kuala Lumpur, abam kaw dan beberapa blogger lain telah dijemput buat julung-julung kali oleh AIRASIA untuk sama-sama dalam majlis pengenalan Tailor Swift Asean RED Tour

5 lokasi jelajah
Konsert jelajah Tailor Swift ini akan menjengah 5 negara iaitu Jakarta, Manila, Singapura, Kuala Lumpur dan kembali ke Singapura sebagai penutup. Bahang Tailor Swift kini akan hangat diserata asia dan lagu-lagu dendangan Tailor sering keudara dicorong-corong radio sebagai sokongan kepada konsert jelajah ini. 

Sepanjang majlis. Kredit pic EAZY IZZUDDIN [Link]
Majlis yang sangat santai dan meriah dihadiri oleh ramai blogger, wartawan dan juga jurugambar dari media masing-masing. 

Model kapal terbang yang akan membawa Tailor Swift untuk sesi jelajah.
Para blogger bersama pramugari & model kapal terbang. Kredit pic EAZY IZZUDDIN [Link]
Terima kasih kepada pihak AIRASIA kerana sudi menjemput abam kaw didalam majlis untuk kali ini. 

TUNE HOTEL KLIA2 | Parti Baju Tidur

$
0
0



TUNE HOTEL KLIA2 | Parti Baju Tidur | Kesinambungan dari entri abam kaw sebelum ini yang bertajuk TUNE HOTEL KLIA2 | Pengalaman Merah Hitam Putih [Link] yang lalu dan ini abam kaw sambung balik kisah abam kaw berada di TUNE HOTEL KLIA2 tempoh hari.

Abam kaw telah dijemput untuk menikmati malam didalam majlis yang berkonsepkan Parti Baju Tidur sebagai meraikan pembukaan cawangan baru bagi rangkaian TUNE HOTEL ini sekaligus memberi peluang kepada semua jemputan untuk merasai pengalaman bermalam dihotel yang ditawarkan oleh mereka. 

Dekorasi majlis
Untuk pengetahuan semua, tema ini dipilih adalah kerana sesuai dengan konsep 'hotel' yang menjadi lokasi santai dan tempat tidur. 

Bersama geng blogger lain. Kredit pic BLOG BUDAK PACAK [Link]
Sebelum majlis bermula pada sebelah malam, kami mengambil peluang untuk mengambil gambar sekitar hotel dan juga sekitar majlis ebelum bermula. Tempat yang disediakan adalah sangat santai dan memang mengikut tema. Abam kaw sangat suka.

Kemeriahan parti baju tidur
Ramai yang hadir pada malam tersebut sangat seronok dengan majlis yang dianjurkan oleh pihak penganjur. Sesuatu yang sangat jarang-jarang berlaku dengan tema BAJU TIDUR. 

Pakaian tidur terbaik akan memenangi percutian 5 hari 4 malam ke Melbourne, Australia untuk 2 orang. Yesss sangat lumayan hadiah yang ditawarkan. Pemenang pada malam tersebut adalah peserta yang memakai pakaian jepun ni haa.

Antara pakaian tidur terbaik. Kredit pic GENG LEPAK [Link]
Selain merasai kemeriahan tersebut, kami pun sempatlah ke booth karitaur untuk melukis wajah kami menjadi lukisan karikatur. Yesss abam kaw sangat-sangat seronok kerana ini adalah pertama kali untuk melikus karikatur. 

Ruangan lukisan kartun
Ini adalah hasil lukisan karikatur yang dilukis oleh abang pelukis yang sangat berbakat. Sangat-sangat unik hasil kerja mereka. HEBAT !!!

Gambar kami yang dikartunkan
Sempat juga abam kaw dan blogger-blogger lain bergambar kenangan bersama orang kuat majlis malam ini iaitu Jocelyn yang menjemput kami untuk hadir kesini. TQ Jocelyn yeee.

Bersama Jocelyn org kuat majlis. Kredit pic BLOG BUDAK PACAK [Link]

Goodies beg dari TUNE HOTEL KLIA2
Apa pun kami semua sangat seronok dengan kemudahan dan apa yang disberikan oleh TUNE HOTEL KLIA2 sepanjang 2 hari 1 malam kami disini. Sangat-sangat best hotel ini. Kalau korang nak tengok kemeriahan kami sepanjang majlsi tersebut, korang boleh hashtag #roomerhasit dan korang pasti teruja dengan kisah kami disini.


Pak John Steamboat & Yong Tao Foo | Kelainan Buffet Ramadhan 2014

$
0
0



Pak John Steamboat & Yong Tao Foo | Kelainan Buffet Ramadhan 2014 | Lintas langsung dari Restoran Pak John Steamboat & Yong Tao Foo, E-Curve Damansara abam kaw dan rakan blogger lain telah dijemput untuk sesi merasai hidangan untuk promosi ramadhan buffet nanti. 

Berkonsepkan hitam & merah menjadikan restoran ini restoran ini kelihatan HOT dan sangat outstanding! Abam kaw secara peribadi sangat suka dengan konsep yang diperkenalkan. 

Sebelum kita tengok apa menu yang diperkenalkan untuk Buffet Ramadhan nanti, jom kita jalan-jalan melihat keadaan restoran ini. 

Ruang makan yang sangat luas & selesa dengan hawa dingin
Penyediaan setiap meja
Ruangan lain direstoran
Ruang cuci yang sangat bersih
Pelanggan yang memenuhi ruang
Selesai melihat dan meronda sekitar restoran, jom abam kaw ceritakan sedikit berkenaan Buffet Ramadhan yang akan dibuka nanti bermula ramadhan nanti. 

Makanan yang diperkenal sempena Buffet Ramadhan nanti
Untuk Buffet Ramadhan daripada Restoran Pak John Steamboat & Yong Tao Foo, dengan harga RM39++ sekepala bermula 28 Jun 2014 sehingga 29 Julai 2014 korang akan dihidang dengan hidangan berkonsepkan RAMADHAN BUFFET dimana sedikit sentuhan kelainan terhadap juadah makanan akan diberikan kepada para pengunjung kerestoran ini nanti. 

Keunikkan direstoran ini terletak kepada Steamboat, Yong Tao Foo & Grill dimana sup yang mereka sediakan adalah sangat-sangat berlainan berbanding dengan restoran lain. Terdapat 5 jenis sup yang sedia ada yang mereka tawarkan iaitu sup tulang, sup tomyam, sup kari, sup miso, sup ayam dan yang TERBARU SUP UDANG yang akan dikeluarkan pada musim ramadhan nanti. Bagi abam kaw, sup udang ini adalah yang tersedap diantara 5 sup yang lain. 

Selain itu menu yang lain yang akan dihidangkan semasa buffet ramadhan nanti adalah ayam masak coke dimana ayam ini ditambah rasa dengan air coke dan memang unik rasanya. 

Ayam masak coke
Rendang daging & rendang ayam juga antara menu yang akan diketengahkan semasa buffet ramadhan nanti di restoran ini. Selalu nak tunggu raya jee menu sebegini akan kelaur, tetapi di Pak John ini korang akan dapat hilang kerinduan dengan redang ayam dan daging.

Rendang daging
Rendang ayam
Selain itu, menu seperti NASI PULUT SUMBAT ini adalah 1 lagi menu yang abam kaw suka. Dengan rasa pulut yang sangat lembut dikukus enak dan ditambah dengan sambal udang kering yang rasanya seperti rendang adalah menu terbaik untuk dicuba. Terbayang-bayang rasa didalam kepala abam kaw ni semasa menulis entri ni haaa. Memang sangat sedap.

Nasi pulut sumbat
BUBUR RAMADHAN ini juga antara menu yang akan diperkenalkan semasa buffet ramadhan nanti. Bubur yang manis dia yang boleh abam kaw terima kerana tidak terlalu lemak dan tidak terlalu manis ini menjadi pilihan abam kaw. Bubur yang dicampur dengan pisang dan juga betik memberi kelainan terhadap menu bubur ini. 

Bubur ramadhan
SAYURAN TEMPURA ini juga menjadi menjadi pilihan didalam juadah berbuka nanti. Siapa sangka sedap juga bila sayur-sayur seperti putik jagung, lobak merah, terung dan sayur-sayur lain digoreng dan memang sedap dimakan begitu sahaja diwaktu panas. 

Sayuran tempura
Selain menu-menu istimewa yang akan diperkenalkan tadi, korang boleh merasa menu-menu lain yang boleh dipanggang atau direbus dengan pelbagai jenis sup yang sangat enak. Disini terdapat lebih daripada 100 menu yang boleh dicuba. Berkonsepkan ALL YOU CAN EAT, korang boleh menjamah segala jenis juadah dengan hanya 1 harga. termasuk segala jenis makana, manisan (buah-buahan, puding dan juga ais krim) dan juga minuman yang berlainan daripada restoran lain.

Hidangan yang boleh dipanggang
Pelbagai sayuran
Pelbagai makanan lain
Dimsum
WAFFLE AIS KRIM ini menjadi pilihan tekak abam kaw kerana keunikkan rasa disini sangat-sangat berlainan jika berkunjung kerestoran lain. Menu ini menjadi menu pilihan pengunjung disini untuk dirasai. So sesiapa yang datang, sila rasai WAFFLE AIS KRIM ini. 

Waffle aiskrim

Berlainan dengan restoran lain, Pak John Steamboat & Yong Tao Foo menyediakan minuman yang sangat fresh dan boleh dikatakan agak mahal dengan harga yang sangat berbaloi iaitu RM39++ sekepala. Pelbagai jenis minuman sejuk dan panas korang boleh cuba sepanjang disini. 

Pelbagai jenis minuman sejuk & panas
Selain itu kelainan yang berbaloi disini adalah koleksi AIS KRIM yang diberikan. terdapat 2 jenis ais krim yang ditawarkan dengan pelbagai jenis perisa iaitu ais krim potong dan juga ais krim yang kita kita boleh pump sendiri. memang berbaloi bagi penggemar ais krim untuk datang kesini. Selaian itu jagung kukus juga disediakan sebagai pencuci mulut. 

Ais krim potong
Jagung kukus & Ais krim
Promosi buffet ramadhan

Terima kasih kepada Pengurus PAK JOHN STEAMBOAT & YONG TAO FOO, Miss Jackie Tan dan semua team restoran Pak John kerana menerima kehadiran abam kaw dan layanan yang sangat mesra.



Bagi semua pembaca blog Ahmad Fauzi Aryaan yang ingin merasai menu buffet ramadhan ini, korang boleh ke PAK JOHN STEAMBOAT & YONG TAO FOO yang sudah tentu HALAL boleh lawati:


PAK JOHN STEAMBOAT & YONG TAO FOO
Lot LG-13A & LG-15, 
Lower Ground Floor, Ecurve.
No 2A, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara
47810 Petaling Jaya, Malaysia



Instagram: #pakjohn

BANGI GOLF RESORT | Promosi Menu Berbuka Puasa 2014

$
0
0

BANGI GOLF RESORT | Promosi Menu Berbuka Puasa 2014 | Pejam celik bulan ramadhan akan menjengah kita lebih kurang dalam 2 minggu lagi. Untuk kisah bulan ramadhan nanti, bertempat di Bangi Golf Resort, abam kaw telah dijemput untuk sama-sama ke sesi perkenalan menu ramadhan buffet 2014.

Ini adalah kali pertama abam kaw dijemput untuk merasai menu mereka dan lokasinya sangat-sangat dekat dengan rumah abam kaw ni haa. So bolehlah keluar rumah dengan sedikit lambat. 

Sesampai dilokasi, ruangan dewan telah dipenuhi dengan ramai blogger yang dikenali dan juga baru abam kaw kenali.

So, jom kita jalan-jalan apa makanan yang dihidangkan kepada kami semua sekaligus akan dihidangkan nanti pada bulan ramadhan yang akan mendatang nanti. Untuk pengetahuan semua, makanan yang dihidangkan ini khabarnya lebih dariapda 200 jenis menu yang boleh abam kaw katakan sedap-sedap belaka. 

Saus Vide Eggs with Mushroom Espuma
Sebenarnya ini adalah telur separuh masak dan ianya dihidangkan memang sangat-sangat berlainan daripada biasa. Untuk pengetahuan semua, abam kaw ni jenis susah nak makan telur-telur lembik ni. Meremamng jee tekak ni bila menelan telur ni. Tetapi telur setengah masak ini dimasak dengan baik sekali. Tida hanyir da ianya sungguh sedap. 


Dibahagian masakan barat pula terdapat makanan seperti beef lasagna, spegeti bersama sos carbonara ayam dan ayam tanpa telang bersama sos cendawan yang sangat-sangat enak rasanya turut dicadangkan oleh pihak Bangi Golf Resort.

Makanan barat
Hidangan melayu untuk pembuka selera, goreng-goreng dan menu utama terlalu banyak nak abam kaw kongsikan seperti lemang beserta rendang daging, cucur udang, nasi beriyani, nasi ulam, gulai kawah daging, sambal sotong, ikan keli masak lemak cili api dan banyak lagi. Memang agak berpeluhlah nak merasa semua menu yang dihidangkan. 

Antara makanan melayu
Masakan melayu
Makanan yang dicadangkan
Makanan goreng-goreng 
Sebagai penutup kepada hidangan yang sangat banyak, pihak resort menyediakan pencuci mulut yang boleh dikatakan sebagai hebat. Antaranya buah-buahan tempatan, pelbagai jenis rojak buah, kuih muih melayu dan juga pelbagai jenis manisan moden yang lain termasuk puding dan juga kek.

Buah-buahan tempatan
Pelbagai jenis kuih muih dan juga rojak buah
Manisan yang sedikit moden
Pelbagai jenis kek
Masakan secara LIVE juga ditunjukkan disini seperti kambing bakar, sate daging & ayam bersama-sama kuah satay buatan sendiri dan tidak dilupakan koey tiaw goreng dan juga mee goreng mamak.

Kambing golek
Yang seronoknya nanti, kumpulan band akan mendendangkan lagu sebagai hiburan kepada pengunjung dengan memainkan lagu-lagu melayu tradisional bermula 6.30 petang sehingga 9.30 malam. Jangan risau dengan tempat letak kereta kerana di Bangi Golf Resort, mereka telah menyediakan tempat letak kereta yang memuatkan dalam 500 buah kereta. 

Bersama rakan blogger lain
Bersama Chef Kamarudin
Bagi semua yang ingin merasai buffet ramadhan dari Bangi Golf Resort, korang boleh tempah atau datang terus dengan harga RM50 untuk dewasa dan RM25 untuk kanak-kanak.  Buffet ramadhan ini akan bermula pada 2-26 Julai 2014 nanti. Jangan risau kerana semua makanan yang dihidangkan disini telah mendapat sijil HALAL daripada pihak JAKIM dan semuanya halalan toiyiban. 

Secara peribadi, abam kaw sangat-sangat berpuas hati dan korang abam cadangkan untuk mencuba merasai masakan semasa bulan ramadhan nanti. Terima kasih kepada Gangi Golf Resot Restoran kerana menjemput abam kaw ke majlis kali ini. Apa kata semua, jom ke Bangi Golf Resort !!!

Bangi Golf Resort Restoran
No. 1 Persiaran Bandar
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan

Telefon untuk tempahan: 03-89253728 / 03-821000265



Email: bgb.bangigolf@gmail.com

Lombong Bijih Timah, Sungai Lembing, Pekan Pahang | Lombong Tontonan Umum

$
0
0




Lombong Bijih Timah, Sungai Lembing, Pekan Pahang | Lombong Tontonan Umum | Sungai Lembing, Pekan Pahang pernah menjadi sebuah kawasan perlombingan bijih timah yang sangat terkenal kerana lombong yang terbesar dan terdalam di Asia Tenggara selepas Bolivia. 

Tempoh hari patik dan beberapa rakan media lain telah diberi peluang untuk merasai pengalaman berada didalam sebuah bekas lombong yang pernah digunakan secara aktif lebih 100 tahun yang lalu semasa lawatan media pati bersama pelajar UIA ke Daerah Pekan Pahang. Pengalaman yang abam kaw rasa sangat menakjubkan keranan ianya adalah tempat dimana lokasi yang pernah dilalui oleh pelombong bijih timah bawah tanah suatu ketika dahulu. 

Dengan hanya RM30 bagi dewasa dan RM15 bagi kanak-kanak, korang boleh merasai pengalaman bermula dengan menaiki keretapi lokomotif untuk masuk kedalam dan juga merasai sendiri pengalaman berada didalam terowong yang sangat aktif dengan kerja-kerja cari gali dahulu. 

Bayaran yang dikenakan
Sebelum memasuki kedalam terowong, korang akan berehat-rehat sambil menonton sedikit pengenalan yang disediakan oleh pihak terowong sambil menunggu keretapi yang akan membawa pengunjung kedalam terowong tersebut. 

Ruang menunggu
Keretapi yang direka lebih kurang keretapi yang mengangkut bijih ini digunakan untuk mengangkut pengunjung kedalam terowong. Untuk pengetahuan semua, keretapi ini hanya akan membawa korang semua kedalam terowong lebih kurang 500 meter sahaja. 

Keretapi lokomotif yang akan membawa pengunjung masuk
Bila berada dimuka pintu masuk terowong korang akan merasai suatu angin yang seakan-akan penghawa dingin datang dari pintu masuk ini. Jangan terkejut kerana angin yang muncul itu bukan daripada penghawa dingin yang dipasang didalam terowong ini, tetapi ianya adalah hasil daripada lubang-lubang angin yang dikorek oleh pelombong bijih dahulu. Betul, ianya sangat nyaman sama seperti penghawa dingin biasa. 

Terowong yang berfungsi sebagai penyambung
Untuk pengetahuan semua lorong-lorong yang terdapat didalam lombong bawah tanah ini adalah 100% menggunakan tenaga menual iaitu dengan mengorek dan tidak menggunakan leupan untuk membuka laluan.

Sebelum masuk kedalam terowong ini, abam kaw menyangkakan keadaan adalah agak panas kerana tiada ruang pengudaraan yang baik. Tetapi sebaik sahaja melangkah masuk kedalam terowong ini, korang akan merasakan angin yang sangat-sangat nyaman yang datang daripada laluan angin yang dibina oleh pelombong untuk mengelakkan kepanasan semasa bekerja.  

Antara lubang angin disini
Sepanjang perjalanan masuk kedalam laluan, korang dapat melihat peninggalan dan kesan-kesan yang ditinggalkan oleh pelombong antaranya laluan pejalan kaki yang selesa dan akhirnya diberi sentuhan baru demi keselamatan pengunjung yang ramai. 

Ruang pejalan kaki yang sudah dibaik pulih. Kredit pic EDEEN 2012 [Link]
Korang jangan risau kerana pihak penjaga juga tidak mengusik beberapa bahagian untuk memberi rasa dan pengunjung boleh melihat keadaan asal terowong lombong yang dibina oleh pelombong.

Terowong yang asli masih dijada rapi. Kredit pic EDEEN 2012 [Link]
Segala informasi lombong telah dipaparkan dengan menggunakan papan-papan info yang diletakkan sepanjang perjalanan didalam terowong lombong ini. Bila abam kaw baca dan cuba membayangkan apa yang berlaku didalam lombong ini, terasa sangat susah pada zaman tersebut dan lombong ini menyimpan semua kisah-kisah itu. 



Papan info yang menceritakan kisah lombong ini
Sebagai penutup, korang sendiri boleh saksikan beberapa artifak bekas alatan yang masih lagi berfungsi elok untuk pengunjung cuba seperti keretapi kayuh yang diguakan untuk mengangkut batuan timah dan juga lif yang pernah digunakan didalam lobang terowong suatu ketika dahulu. Korang sendiri boleh bayangkan bagaimana keadaan didalam lubang terowong itu bila belihat segala barang-barang ini. 

Keretapi kayuh yang pernah digunakan dan masih lagi berfungsi elok
Lif yang pernah digunakan suatu masa dulu
Akhir kata, abam kaw sangat-sangat teruja dengan segala informasi yang diterangkan dan dengan segala apa yang dipamerkan disini. Memang agak terkesan bilamana lubang terowong ini adalah lombong yang tersenarai antara lombong yang terdalam dan terbesar di asia tenggara. 

Bagi sesiapa yang datang ke kawasan Sungai Lembing Pahang, jangan lupa untuk melawat ke Lombong Bijih Timah, Sungai Lembing yang terletak betul-betul didalam pekan di daerah Pekan Pahang. Korang pasti akan teruja dengan apa yang disajikan. 

TEATER PROJEK KAHWIN | Hasil Seni Anak Muda di Istana Budaya

$
0
0


TEATER PROJEK KAHWIN | Hasil Seni Anak Muda di Istana Budaya | Persembahan berdurasi selama 2 jam yang diarahkan oleh saudara Muhammad Azri Ali ini adalah sebuah penceritaan muzikal yang mengisahkan pergolakkan yang terjadi sebelum majlis perkahwinan berlangsung. Rizal (watak yang dibawa oleh Izzue Islam) dan Nisa (watak yang dibawa oleh Killa Fairy & Hanes Suraya) mempunyai banyak halangan daripada pihak keluarga sebelum berlangsungnya perkahwinan. Adakah mereka akan bersatu?

Bersama rakan blogger lain
Tempoh hari abam kaw dan beberapa blogger lain telah dijemput untuk merasai pengalaman menonton TEATER PROJEK KAHWIN ini yang telah selamat berlangsung di Istana Budaya bermula 6 - 14 Jun 2014 tempoh hari. 

Izzue Islam sebagai Rizal & Jijie. Kredit pic CLORA STUDIO [Link]
Mempertaruhkan pelakon yang popular seperti Izzue Islam, Kila fairy, Hanes Suraya dan Shah Iskandar serta dibantu dengan watak-watank yang sangat-sangat berbakat besar seperti Zulin Aziz, Sherry Al-Hadad, Kaka, Atoi Tohet, Fazleena Hishamuddin, Shah Kimin dan Azhar Zainal menjadikan TEATER PROJEK KAHWIN ini sesuatu yang sangat santai dan sempoi.

Penampilan khas Imam Muda Asyraf. Kredit pic CLORA STUDIO [Link]
Turut ditampilkan didalam teater ini adalah Imam Muda Asyraf sebagai moderator yang menyampaikan tazkirah dan nasihat-nasihat yang sangat berguna kepada bakal-bakal pengantin sebelum mereka mendirikan rumah tangga. 

Bagi abam kaw, teater ini sangat-sangat meninggalkan kesan kepada para penonton dan secara peribadi pada diri abam kaw ni haaa yang tak lama lagi akan menamatkan zaman bujang perlu mendengar nasihat yang didampaikan didalam teater ini. 

Otai Tohet sebagai Mail. Kredit pic CLORA STUDIO [Link]
Teater yang bagi abam kaw sangat TERBAIK ini disampaikan dengan penuh mesaj dan sangat-sangat santai sambil diselit dengan muzikal yang sangat berkait dengan lakonan yang disampaikan. Abam kaw sangat-sangat berpuas hati bermula dengan lakonan sehinggalah apa yang mereka telah berikan kepada penonton. 

Apa yang abam kaw dapat daripada teater ini adalah, bersederhana didalam melakukan sebuah majlis dan tidak membazir. Selain itu keputusan yang diambil perlu dilihat kedua-dua belah pihak dan bukan mengikut apa yang orang lain akan kata atau buat. Pihak perempuan perlu melihat kemampuan bagi pihak lelaki untuk memberi didalam melakukan majlis dan akhir sekali kehidupan selepas perkahwinan adalah lebih penting daripada berhabis demi majlis yang beberapa hari berlangsung. 

Sempat berselfie bersama pelakon utama & juga pengarah projek
Apa pun abam kaw berpuas hati dan mengucapkan tahniah kepada TEAM PROJEK KAHWIN kerana memberikan kami para penonton sesuatu yang sangat-sangat sinonim dengan isu terkini. Semoga hasil-hasil seperti ini akan terhasil dimasa akan datang. InsyaAllah. 

Kepada sesiapa yang ingin melihat apa yang berlaku sepanjang di Istana Budaya, korang boleh tengok di instagram dan hashtag #projekkahwin. pelbagai ragam yang korang boleh lihat disana. 

Akhir sekali, terima kasih ISTANA BUDAYA kerana menerima kami semua untuk menonton TEATER PROJEK KAHWIN


ArtSphere @ The Atmosphere, Seri Kembangan | Laman Lukisan Hidup

$
0
0

ArtSphere, Seri Kembangan | Laman Lukisan Hidup | Sejak kebelakangan ini banyak tempat-tempat telah dijadikan lokasi mural yang sangat menarik. Lukisan dinding telah menjadi trend terkini dek kerana nilai seni yuag dipaparkan kearah yang lebih baik. Tiada istilah vandalism  untuk lukisan dinding ini. 

Seperti abam kaw tahu, Penang adalah lokasi yang banyak terdapatnya lukisan dinding mural yang memaparkan pelbagai jenis motif lukisan bertemakan identiti pelukis yang mengambil bahagaian seperti lukisan kereta, motosikal, basikal, arca dawai dan pelbagai jenis alatan perabut lama dan sebagainya.

Terbaru di ARTSPHERE @THE ATMOSPHERE , SERI KEMBANGAN menjadi lokasi lukisan dinding ini. Terletak berdekatan dengan Giant, Seri Kembangan menjadikan lokasi ini satu lagi tarikan untuk dikunjungi.

Bersama lukisan yg sangat cantik
Terdapat lebih 80 lukisan dinding yang sangat cantik dan semestinya lekihatan hidup untuk dinikmati oleh setiap pengunjung. Rata-rata lukisan yang ditonjolkan adalah berbentuk 2D dan 3D serta kelihatan betul-betul asli.

Antara lukisan yang ada
Dah kata sampai 80 lukisan, koraang pasti teruja dengan segala apa yang ditonjokan disini.

Untuk pngetahuan korang, untuk masuk kesini TIADA BAYARAN dikenakan kepada pengunjung dan korang hanya perlu berjalan untuk mencari-cari lukisan disebalik dinding-dinding yang terdapat disini. Walaupun tidak dikenakan bayaran, korang perlu keluarkan sedikit peluh untuk berjalan. Huhuhu.

Mencuba untuk beraksi
Naahhh, macam mana? Korang rasa teruja? Yess semua lukisan ini sangat menarik dan sangat berwarna-warni. Tapi kalau korang rasa sendiri barulah korang akan tahu bagaimana abam kaw rasa sepanjang jelajah kesini. 

Bersama blogger ATIKAH, MAWARDI & IZWAN
Bagi abam kaw secara peribadi, abam suke dengan semua lukisan steet art disini. Abam sangat-sangat berpuas hati dengan lukisan ini kerana boleh beraksi dengan pelbagai gaya mengikut apa yang dipaparkan disini. Bagi sesiapa yang ingin melihat sendiri street art disini, korang boleh ke alamat berikut: 

ArtSphere @ The Atmosphere, Seri Kembangan
1-3 Jalan Prima Tropika Barat 2,
Taman Prima Tropika,
43300 Seri Kembangan,
Selangor Darul Ehsan

GPS Coordinate
N 2° 58.952’ E 101°39.767’

Phone No
03-8942 3663

Website

Facebook

Nad Cookies | Koleksi Promosi Biskut Raya 2014

$
0
0

Nad Cookies | Koleksi Promosi Biskut Raya 2014 | Bila bulan ramadahan tiba, abam kaw pasti masing-masing sudah pasti akan berkira-kira untuk mencari barang-barang untuk menyambut hari raya termasuk biskut raya. Lumrah setiap kali sambutan hari raya, masyarakat islam di Malaysia yang akan merayakan kehadiran hari raya akan menjadikan kuih raya sebagai menu semasa sambutan hari raya mereka. Tapi adakah korang berpuasa hati dengan biskut yang korang beli tu?

Baru-baru ini abam kaw telah cuba merasai biskut raya untuk sambutan hari raya daripada NAD COOKIES. Untuk pengetahuan semua, NAD COOKIES ini telah hampir 5 tahun beroperasi dan tahun ini seperti biasa NAD COOKIES tampil dengan biskut-biskut yang sangat enak.

Biskut Suji
Menampilkan 5 jenis biskut yang akan memeriahkan hari raya kalian dengan pelbagai jenis biskut seperti BISKUT SUJI, BISKUT COKLAT OATS, BISKUT FLAKES, BISKUT COKLAT CHIPS dan BISKUT COKLAT PEANUTS.

Biskut coklat oats
Seperti abam kaw yang sangat malas dan sedikit sibuk dengan urusan harian, abam kaw lebih senang unutk menempah biskut-biskut dan semestianya ianya adalah sedap untuk dimakan. Jadi NAD COOKIES menjadi pilihan abam kaw untuk setiap kali hari raya. Memang tidak akan menyesal kerana biskut yang dihasilkan adalah terbaik dan sangat-sangat segar dari oven. 

Biskut corn flakes
Kenapa abam kaw memilih NAD COOKIES? Kerana NAD COOKIES bukan sahaja menggunakan bahan-bahan yang segar malah pemilihan butter yang digunakan adalah yang terbaik. Senang cerita bukan butter yang jenis murah-murah laaa. Korang sendiri boleh cuba dan abam kaw pasti korang pasti boleh merasai perbezaan dengan biskut-biskut lain dipasaran.

Bagi abam kaw, NAD COOKIES bukan memikirkan keuntungan sahaja malah mereka mementingkan kualiti rasa dan kepuasan hati pelanggan yang mengambil tempahan daripada mereka. Itu yang menyebabkan abam kaw memilih NAD COOKIES untuk biskut raya tahunan. 

Biskut coklat chips
Seperti tahun-tahun lepas, harga yang mereka tawarkan adalah sangat berbaloi. Dengan hanya RM25 untuk 50 biji menjadikan NAD COOKIES masih menjadi pilihan abam kaw. 

Biskut coklat peanut
Ni haaa abam kaw nak tambah, NAD COOKIES bukan sahaja mengambil tempahan untuk biskut-biskut dimusim hari raya, malahan mereka menyediakan tempahan untuk sebarang lain-lain pastri seperti cheese tart, pelbagai jenis kek yang sangat-sangat sedap. Abam pasti korang akan berpuas hati sangat-sangat dengan apa yang NAD COOKIES berikan.


Bagi sesiapa yang ingin menempah biskut dan pelbagai jenis kek dan pasti, korang boleh ke cari NAD COOKIES seperti berikut:

NAD COOKIES (Nadiah Shafii)
No.59 Jalan 18/19, 
Seksyen 18, 40200 Shah Alam 
Selangor

#nadcookies

Telefon : 019-3717917

Le Geo Art Restaurant Setiawangsa | Lukisan Sebuah Restoran

$
0
0


Le Geo Art Restaurant Setiawangsa | Lukisan Sebuah Restoran | Berlokasi berhampiran dengan LRT Setiawangsa, Le Geo Art Restaurant, Setiawangsa menjadi lokasi food review abam kaw dan beberapa rakan blogger lain. Lokasi yang abam rasa sangat strategik dengan kemudahan pengangkutan seperti ini menjadikan tarikan untuk pengunjung datang dan merasai makanan disini.

Le Geo Art Restaurant, Setiawangsa menyediakan ruang makan yang sangat kondusif kepada para pengunjungnya samada diluar mahupun didalam restoran. Kedua-duanya adalah sangat selesa. 


Ruang makan diluar restoran
Kerusi santai bersila
Decorasi didalam restoran
Berkonsepkan restoran & kesenian, Le Geo Art Restaurant cuba menampilkan platform bagi penggemar lukisan atau sebarang bahan kesenian untuk dipamerkan disini. Orang kata bukan saja datang untuk makan, tetapi kita boleh menjamu mata dengan apa jenis kesenian dan mungkin kita boleh membeli nilai seni tersebut sebagai koleksi. 

Kata pemilik restoran ini, apa yang cuba mereka sampaikan adalah sesuatu yang lain dari yang lain berbanding dengan restoran yang sedia ada. Mereka percaya setiap daripada penunjung mungkin mempunyai minat terhadap lukisan dan Le Geo Art Restaurant adalah tempat yang menyediakan platform seperti itu.

Antara lukisan yang dipamer untuk jualan
Pelbagai jenis gaya lukisan
Lukisan hebat
Kebanyakkan nilai seni yang ada di restoran ini adalah jensi lukisan. Untuk pengetahuan semua, lukisan yang dihantar kepada lihak restoran ini adalah lukisan yang rata-rata dari penutut dalam bidang lukisan. Maka harga yang dikenakan adalah harga yang mampu milik berbaloi dengan hasil kerja yang diberikan. 

Untuk pembaca blog abam kaw ni haa yang begitu aktif menghasilkan hasil lukisan yang cantik tapi tidak tahu kemana untuk diterjemahkan atau dikormersialkan, Le Geo Art Restaurant, Setiawangsa adalah jawapan untuk itu. 

Nahhh dah selesai berjalan-jalan didalam restoran, tibalah masanya untuk melihat menu-menu yang ohsem daripada Le Geo Art Restaurant, Setiawangsa. Secara peribadi abam kaw sangat-sangat suka dengan menu yang boleh dikatakn kearah fusion dimana makanan barat yang diberi nafas timur. 

Fried Noddle Chicken Chop
Deep Fried Russet Potato with Spring Onions, Smoked Chicken Sandwich, Deep Fried Otak Otak, Cheese roll with sausage
Italian Omelette 
Portugal Chicken Rices
Nasi Lemak Chicken Rendang
Fried Noddle Mushroom
Cheese Baked Chicken Chop Rice
Nasi Lemak
Nasi Goreng Tomyam
White Sauce Chicken Slice Spaghetti 
Antara blogger yang hadir
Akhir kata, terima kasih kepada pemilik Le Geo Art Restaurant, Setiawangsa kerana sudi menerima abam kaw dan beberapa rakan blogger dan media lain untuk merasai makanan yang dihidangkan disini. 

Add caption
Bagi korang yang ingin merasai makanan yang sangat enak dan melihat hasil lukisan ini, korang boleh ke:

LE GEO ART RESTAURANT
1-G, Jalan Jelatek 1, Jelatek Business Centre,
54200 Ampang, Kuala Lumpur


Instagram: #legeoartrestaurant #legeo

MIDORI JAPANESE RESTAURANT, MARRIOTT HOTEL PUTRAJAYA | Bukan Sekadar Makanan Jepun

$
0
0

MIDORI JAPANESE RESTAURANT, MARRIOTT HOTEL PUTRAJAYA | Bukan Sekadar Makanan Jepun | Berlokasi di Midori Japanese Restaurant, abam kaw dan rakan sepejabat telah menerima jemputan untuk meraikan kejayaan selepas selesai melakukan suatu projek besar bersama-sama staf jabatan tempat abam kaw kerja. Kire macam reward atas penat lelah kita sepanjang program.

Untuk entri makan-makan kali ni, abam kaw bawakan restoran yang sedikit unik yang ada bau-bau makanan jepun. Sebelum tu jom abam kaw bawak pembaca semua jalan-jalan melihat keadaan restoran ini. 

Ruang santai
Ruang lepak minum ini disediakan bagi mereka yang suka konsep santai lepak-lepak untuk minum. Dengan dekorasi batuan yang sangat kearah keJEPUNan ini menaikkan lagi konsep jepun disini. Secara peribadi, abam kaw sangat suke dengan dekorasi ini. LESS IS MORE

Ruang makan terbuka
Ruang makan disini terbahagi kepada 2 jenis ruang iaitu ruang makan terbuka dan ruang makan tertutup yang lebih kepada private function. 

Ruang makan tertutup
Keadaan ruang makan tertutup
Secara peribadi, abam kaw suke dengan kosnep yang diberikan disini iaitu LESS IS MORE. Cukup sesuai dengan apa yang MARRIOTT HOTEL PUTRAJAYA berikan. 

Baiklah, untuk menu makan kali ni, abam nak bagi tau yang abam kaw ni jenis yang sedikit kureng dengan makanan yang berkonsep JEPUN ni. Tapi korang jangan risau sebab mereka menyediakan makanan yang kearah barat. Kiranya lokasi ala-ala jepun tapi makanan ala-ala barat. Hahaha

Tropical Fruit Salad Yogurt and Pistachio Nut
Tropical Fruit Salad Yogurt and Pistachio Nut - menu pembuka selera sebuah plate yang didalamnya buah-buahan yang didadu sekata dan disirami dengan krim yogurt dan ditaburi dengan kacang pistachio diatasnya. Memang sangat berlainan dan pertama kali abam kaw rasakan. Sedikit masam dek kerana yogurt dan manis-masni daripad buah-buahan campuran. 

Seafood Corn Chowder with Cheese Crouton
Seafood Corn Chowder with Cheese Crouton - Dimulakan dengan 'bubur' barat iaitu campuran makanan laut didalam sup krim cheese yang sangat berkrim. Hidangan makanan laut didalamnya adalah sangat fresh dan yesss abam kaw ni jenis boleh rasa samada fresh atau tidak makanan laut tersebut & kesemuanya adalah yang fresh. 

Roasted Chicken Pizza, Corn, Spinach, Jalapeno and BBQ Sauce
Roasted Chicken Pizza, Corn, Spinach, Jalapeno and BBQ Sauce - Yess ini menjadi pilihan abam kaw disini. Pizza ayam yang ditaburi dengan jagung, sayuran, buah zaitun dan juga sos yang digunakan adalah lain dari yang lain. Betullah orang kata yang pizza dari MARRIOTT HOTEL PUTRAJAYA ini adalah pizza yang asli dari Italy. 

Grill Supreme Chicken with Broccoli, Cheese, Wild Mushroom Cream Sauce 
Grill Supreme Chicken with Broccoli, Cheese, Wild Mushroom Cream Sauce - Menu ini adalah menu utama masa abam kaw makan. Ayam yang dipanggang enak ini dan juga ditampilkan bersama sayur brokoli dan dibakar dengan cheese menjadikan makanan ini sangat berlainan. Sos berkrim cendawan ini juga menjadikan hidangan ayam panggang ini suatu yang hebat !

Pan-Fried Seabass Wild Mushroom, Chat Potatoes and Lemon Capers Sauce
Pan-Fried Seabass Wild Mushroom, Chat Potatoes and Lemon Capers Sauce - Hirisan isi dori yang sangat segar ini dan juga dipanggang dengan elok dan disimbahi dengan sos lemon menjadikan hidangan barat ini sangat menjadi. Abam kaw selalunya makan makanan barat yang telah di fusion kan, tetapi hidangan ini asli dari barat. 

Caramelize Banana with Vanilla Ice Cream
Caramelize Banana with Vanilla Ice Cream - Hidangan pencuci mulut yang sangat sedap. Pisang yang direbus dan disalut dengan rasa karemel menjadikan sesuatu yang menarik. Ditambah dengan hirisan coklat dan juga ais krim vanila menjadikan pemanis mulut ini kelihatan sangat barat walaupun menggunakan pisang sebagai bahan utama. 

Untuk hidangan seperti ini, harga sekepala akan dicas sebanyak RM50 net. Bagi abam kaw agak berbaloi kerana bahan yang digunakan memang korang hanya boleh tengok kat stesen-stesen tv oversea jeee. huhuhuh.

Kepada semua yang teringin untuk menikmati hidangan seperti ini, korang boleh terjah ke:

MIDORI JAPENESE RESTAURANT
Marriott Hotel Putrajaya
Putrajaya.

Dilema Review Produk | Isu Yang Wajar Dipandang

$
0
0

Dilema Review Produk | Isu Yang Wajar Dipandang | Blog adalah suatu lagi medium hebahan yang KEKAL untuk mempromosikan barangan atau apa jua hal. Berbanding media lain, media blog adalah suatu media yang cepat dan ianya bersifat KEKAL dimana selepas ianya dipublishkan, ianya akan kekal didalam alam maya melainkan ianya dipadamkan. 

Tapi ada sesetengah pihak yang hanya memberikan produk dan meminta kita rakan-rakan blogger TANPA BAYARAN! Bukan bayangan yang menjadi ukuran. TAPI akibat daripada review tu yang lebih penting.

Abam terbaca untuk satu update entri dari blogger otai abang Ben Ashaari melaui entrinya bertajuk BILA REVIEW PRODUK [Link], abam terpanggil untuk membuat entri yang lebih kurang sama. 

Potongan kata-kata BEN ASHARI  [Link]
Ada dikalangan orang luar yang ingin menggunakan perkhidmatan abam kaw untuk mempromosikan produk mereka secara PERCUMA dengan hanya cukup dengan memberi produk, cuba dan menulis / promote dengan kata-kata yang baik. 

Abam nak tanya balik kat korang, sekiranya abam makan / pakai produk korang TANPA sebaran bayaran, kepada siapa abam perlu minta untuk menanggung kos sekiranya sakit, kos perubatan dan sebagainya. Bukan kerana sebab "dia dah bagi makan cukup laa kan. Mahal ok produk dia ni"blogger boleh pejam mata untuk tidak melihat kemingkinan terjadinya AKIBAT SELEPAS itu. 

Isu BAYARAN menjadi topik utama dikalangan blogger dan pihak yang ingin memohon bantuan. Ade yang akan melebelkan "eleehhh blogger jee kot, bukan media mainstream yang glamor"

Yesss abam percaya blog masing-masing ada pengikut sendiri dan begitu juga dengan blog abam kaw ni haa. Kebanyakan orang cerdik sekarang ni akan google jeee apa jua jenis produk atau apa jua perkhidmatan melalui agen pencari sebelum mereka membeli sesuatu. Segala review yang akan muncul adalah luahan ikhlas daripada yang telah menggunakan, Itu beza blog dan juga media lain yang lebih bersifat pandangan peribadi.

Abam secara peribadi akan menulis apa yang abam rasa dan apa yang abam kaw alami berkenaan produk. Sekiranya benar-benar elok, baru abam akan cuba promote kepada pembaca semua.  Bukan mudah untuk review produk ini, silap langkah yang kena korang juga nanti. 

Sekadar perkongsian dan juga pandangan abam kaw terhadap isu ini. Semoga perkongsian ini dapat menyedarkan sesiapa yang berkenaan. Maaf sekiranya ada pihak yang terasa.

Viewing all 69 articles
Browse latest View live