Majlis ini dianjurkan adalah untuk memperkenalkan tarian baru kepada penonton dengan menjadi platfor, kepada koreografer dari setiap Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara bagi setiap negeri menghasilkan garapan tarian baru dan memperbanyakkan koleksi tarian mengikut negeri masing-masing dengan masih mengekalkan keaslian dan akakr budaya setiap negeri masing-masing
Malam Gala Inspitari 2014
Malam Gala Inspitari 2014 ini menampilkan 16 jenis tarian baru yang diperkenalkan yang terdiri daripada 2 jenis tarian datangnya daripada Kumpulan Kesenian JKKN Ibu Pejabat dan 14 lagi jenis tarian daripada kumpulan kesenian JKKN setiap negeri adalah bersifat baru dan naskah tarian ini telah diberikan nafas baru dari segi pola lantai, pergerakam dinamik, susuanan lagu dan juga busana yang dipakai oleh setiap penari.
Apa yang abam kaw faham, tarian baru yang dipersembahkan ini telah diberi nafas baru oleh koreografer dari setiap negeri dengan menggunakan elemen tarian yang sedia ada dinegeri masing-masing dan kemudian tarian itu diberi nafas dan idea baru supaya ianya menjadi lebih segar dan sesuai dengan generasi masa kini tanpa merosakkan akar budayanya.
Jenis Tarian Baru Di Malam Gala Inspitari 2014
Pada malam tersebut abam kaw talah menyaksikan 16 jenis tarian daripada 14 Jabatan Kesenian dan Kebudayaan negara (JKKN) bagi setiap negeri masing-masing .
![Inspitari 2014 Fauzi Aryaan Inspitari 2014 Fauzi Aryaan]() |
Tarian MAPPA DUPPA - JKKN Johor |
Sedikit info berkenaan tarian ini. MAPPA DUPPA adalah tarian yang dibawakan oleh JKKN Negeri Johor ini membawa maksud Selamat Datang yang diadaptari daripada Maduppa Bosara iaitu tarian dalam masyarakat Bugis di Daerah Pontian, Johor.
Gerak tari ini menggambarkan acara menyambut tetamu dan menjamu tetamu. Tatamu akan dihidangkan dengan hidangan yang dihidangkan didalam talam dan ditutup dengan tudung saji kecil yang dipanggil 'busarak'. 'Maduppa' pula bermaksud menjemput atau mempersilakan.
Tarian MAPPA DUPPA ini ditarikan secara berpasangan dimana tarian asalnya ditari oleh wanita sahaja.
![Inspitari 2014 Fauzi Aryaan Inspitari 2014 Fauzi Aryaan]() |
Tarian RONTAK KUDO - JKKN Perak |
Tarian ini berasal daripada suku etnik Rawa, Perak. RONTAK KUDO ini mengambil inspirasi daripada gerakkan seekor kuda yang sedang menari. Gerakan badan dan jga ekor kuda tersebut telah menjadi idea terhasilnya tarian ini. Di samping itu, koreografer telah memasukkan gerakkan daripada penunggang kuda tersebut.
Dari segi susunan muzik, gubahan yang lebih rancak telah digubah daripada yang dahulunya hanya bunyi paluan rebana seakan-akan bunyi tapak kaki kuda.
Gubahan muzik dan gerakkan ini akhirnya menghasilkan tarian baru yang dipanggil RONTAK KUDO.
![Inspitari 2014 Fauzi Aryaan Inspitari 2014 Fauzi Aryaan]() |
Tarian MET KETOK - JKKN Kedah |
Tarian MET KETOK yang dipertaruhkan oleh JKKN Negeri Kedah membawa maksud met (mata) dan ketok (hari). Tarian ini diadaptasikan daripada keindahan cahaya matahari sebagai tanda rasa syukur masyarakat orang asli Suku Kensiu.
Keunikan tarian ini adalah pada gerakan jalan itik pada pola lantai asas tarian dan pergerakan didalam bulatan masih dikekalkan sebagai simbolik kepada acara keramaian.
![Inspitari 2014 Fauzi Aryaan Inspitari 2014 Fauzi Aryaan]() |
Tarian GHEMEH - JKKN Pulau Pinang |
JKKN Pulai Pinang pula menyakikan tarian diberi nama GHEMEH yang diinspirasikan daripada Siput Remis (siput lala kecil) atau Ghemeh dalam dialek utara.
Tarian ini diadaptasikan daripada pergerakan kemeriahan dan keseronokan mencari Ghemeh dipersisiran pantai apabila tiba musimnya dengan gerakan tangan (Mengorek) dan kaki (menguis).
![Inspitari 2014 Fauzi Aryaan Inspitari 2014 Fauzi Aryaan]() |
Tarian MEK BUNGO - JKKN Kelantan |
Tarian MEK BUNGO daripada JKKN Kelantan ini mengadaptasikan pergerakan memetik bunga da Taman Serendah Sekebun Bunga. Kejelitaan si anak dara (Mek Dara) sering membuatkan hari si pemuda (Abe) terpaut.
![Inspitari 2014 Fauzi Aryaan Inspitari 2014 Fauzi Aryaan]() |
Tarian TARI NAZAM - JKKN Melaka |
Keindahan tarian TARI NAZAM daripada JKKN Melaka ini sungguh mengasyikan. mengisiprasikan daripada keaslian tarian Nazam yang sangat popular di Melaka dan akhirnya ianya diberi nafas baru dan terhasillah TARI NAZAM.
Pada asalnya tarian Nazam adalan berposisi duduk didalam satu barisan. Walaubagainamapun keaslian asih dikekalkan dengan menambah pergerakan kaki dan penggunaan kayu pemukul tabuh sebagai prop persembahan. Teknik gerak memukul lantai ini disesuaikan dengan cara tersendiri untuk mengahasiklan bunyi mengikut irama lagu.
![Inspitari 2014 Fauzi Aryaan Inspitari 2014 Fauzi Aryaan]() |
Tarian ULUN MADAI - JKKN Sabah |
Sabah yang kaya dengan pelbagai etnik suku mempertaruhkan tarian ULUN MADAI yang mengisahkan kehidupan masyarakat Idaan yang tinggal di daerah Lahad Dati, Kunak yang mana mereka mencari rezeki dengan mengutip sarang burung d Gua Madai.
Setibanya musim mengutip sarang burung atau mengalap, pelbagai karenah dan gaya diperhatikan didalam kerjasama diantara mereka dan akhirnya menjadi sebuah tarian baru dipanggil ULUN MADAI.
![Inspitari 2014 Fauzi Aryaan Inspitari 2014 Fauzi Aryaan]() |
Tarian KUIT - JKKN Ibu Pejabat |
Dililhamkan daripada tarian Indung (Pahang), JKKN Ibu Pejabat mempertaruhkan tarian diberi nama
KIUT. Tarian ini menggambarkan aktviti merumput padi di sawah atau huma dengan menggunakan alatan sabit yang dipanggil 'kiut'atau 'keri' dan akhirnya pergerakan ini menjadi sebuah tarian dipanggil
KIUT.
![Inspitari 2014 Fauzi Aryaan Inspitari 2014 Fauzi Aryaan]() |
Tarian RAMBONG KRATHONG - JKKN Perlis |
Tidak ketinggalan, JKKN Perlis memperkenalkan tarian RAMBONG KRATHONG dimana maksud RAMBUNG itu adalah tarian dan KRATHONG itu adalah hiasan berbentuk bunga teratai.
Tarian ini diilhamkan daripada perayaan Loy Krathong yang disambut oleh komuniti siam di Perlis. RAMBONG KRATHONG menyaksikan kemeriahan pesta tari menari dengan menggunakan kratong yang dihias indah ditambah dengan usik-usik manja si jejaka kepada si dara didalam perayaan Loy Krathong ini.
![Inspitari 2014 Fauzi Aryaan Inspitari 2014 Fauzi Aryaan]() |
Tarian LENGGOK CHE' NOR - JKKN Pahang |
Ciptaan baru dimana kisahnya berkenaan tentang seorang wanita yang telah membuka warung dan sangat dikenali oleh orang ramai dengan kebaikan, dermawan, budi baik, bijaksana, disenangi dan dihormati oleh orang ramai disebuah pekan.
Disebabkan dengan sifat itu, pekan tersebut diberi nama Chenor bersempena nama beliau dan akhirnya tarian LENGGOK CHE' NOR dari JKKN Pahang ini terhasil berdasarkan keperibadian Che'Nor sendiri.
![Inspitari 2014 Fauzi Aryaan Inspitari 2014 Fauzi Aryaan]() |
Tarian KERONCONG BERDENDANG KASIH - JKKN Selangor |
JKKN Selangor pula membawa tarian KERONCONG BERDENDANG KASIH yang mengambil inspirasi dari gerak tari keroncong. Gerak tari ini memaparkan nilai kasih sayang melalui perincian gerak tarinya. Disamping itu, kesantunan gerak tarik si teruna dan dara juga masih dikekalkan.
Penggunaan lagu keroncong adalah kerana muzik keroncong telah diangkat oleh kerajaan Negeri Selangor sebagai'sound of Selangor' dan merupakan jati diri Negeri Selangor dalam aspek muzik.
![Inspitari 2014 Fauzi Aryaan Inspitari 2014 Fauzi Aryaan]() |
Tarian NGALAI APU' BUSAK - JKKN Sarawak |
Tarian NGALAI APU' BUSAK diadaptasikan daripada lagu rakyat masyarakat Busak Pakui suku kaum Lun Bawang yang majoritinya menetap dipedalaman Negeri Sarawak.
Tarian ini diolah mengikut kegiatan mereka mencari sumber makanan dan juga kegiatan harian mereka didalam hutan sehingalah mereka terjumpa APU' bermaksud sejenis bunga dan BUSAK bermaksud yang sangat cantik.
Bunga yang sangat cantik itu menggambarkan kelembutan dan kecantikan penari wanita dan akhirnya tarian ini terhasil.
![Inspitari 2014 Fauzi Aryaan Inspitari 2014 Fauzi Aryaan]() |
Tarian REJAM JENGA - JKKN Terengganu |
Tarian REJAM JENGA ini diadatasikan daripada tarian Awang Kasim Gila dalam kesenian tradisional- Saba. Gera tari ini menggambarkan suasana sedang berlayar, berlabuh dan bersawai. istilah REJAM bermaksud mengghentakkan kaki, manakala JENGA bermaksud Kuala Jengal dalam loghat orang Hulu Dungun.
![Inspitari 2014 Fauzi Aryaan Inspitari 2014 Fauzi Aryaan]() |
Tarian GHONTAK BONGAI - JKKN Negeri Sembilan |
GHONTAK BONGAI ini merupakan tarian baru yang diolah daripada sebuah lagu bergenre Bongai dari Negeri Sembilan yang bertajuk Donak Donai.
Gerakan baru yang digunakapakai melambangkan identiti masyarakat Negeri Sembilan. Terdapat gerakan yang tidak trdapat didalam tarian zapin dari Johor. Ia ditampilkan begitu bagi menunjukan sebuah tarian zapin baru yang tidak terikut dengan zapin dari negeri lain khususnya Johor.
Tarian ini juga menyelitkan unsur usuk mengusik dan gurau senda diantara penari lelaki dan wanita.
![Inspitari 2014 Fauzi Aryaan Inspitari 2014 Fauzi Aryaan]() |
Tarian KABADDI ATTAM - JKKN Ibu Pejabat |
Tarian KABADDI ATTAM ini berinspiasikan permainan traisi masyarakat India iaitu Kabaddi. Karya ini jika dilihat persamaan adalah hampir serupa dengan permainan galah panjang.
Pergerakan didala tarian ini diolah dan disesuaikan dengan elemen pertarungan dua pasukan. Gerakan seperti tolak dan tarik merupakan gerakan dominan yang menonjolkan kekuatan dan kehebatan kedua-dua belah pihak.
![Inspitari 2014 Fauzi Aryaan Inspitari 2014 Fauzi Aryaan]() |
Tarian LENGGANG BUKIT BINTANG - JKKN Kuala Lumpur |
Tarian
LENGGANG BUKIT BINTANG daripada JKKN Kuala Lumpur sesuai dengan kewujudan kumpulan ini ditengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur.
Tarian ini diilhamkan daripada suasana disekitar simpang empat Bukit Bintang yang sentiasa sibuk dengan ribuan manusia dengan urusan masing-masing. karya ini disuntik dengan elemen kasih sayang antara pasanan menjadikan tarian ini lebih menarik. Keuikan tarian ini adalah daripada langkah dan gerak tarian asas inang.
Kesimpulan Malam Gala Inspitari 2014
Biarpun menonjolkan tarian baru didalam malam gala ini, secara peribadi abam kaw dapat rasakan keaslian dan budaya asal bagi setiap tarian yang dibawa oleh setiap JKKN negeri. Imporvisasi yang ditunjukkan bertujuan menghasilkan persembahan yanglebih menarik dan sesuai dengan zaman seiring dengan tuntutan peredaran zaman yang mahukan sesuatu yang baru termasuk didalam tarian budaya.
Kesimpulannya, Malam Gala Inspitari 2014 adalah sebuah majlis yang sangat-sangat perlu diadakan setiap tahun bagi memelihara dan menghimpunkan kara-karya baru supaya tidak ditelan dek zaman. Program sebegini sahaja yang dapat memasikan akar budaya Malaysia terpelihara.
Terima kasih Miss Paris Ashiqin dari Destination Malaysia dan juga Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara kerana menjemput abam kaw dan rakan blogger lain untuk merasai pengalaman menonton akar budaya kita rakyat malaysia.