Quantcast
Channel: Ahmad Fauzi Aryaan
Viewing all 69 articles
Browse latest View live

Avillion Port Dickson | Sebuah Percutian Ringkas

$
0
0

Avillion Port Dickson Fauzi Aryaan

Avillion Port Dickson | Sebuah Percutian Ringkas | Tempoh hari abam kaw dan 2 lagi rakan blogger yang juga keluarga bagi Projek Travel iaitu Mawardi Yunus dan juga Pena Berkala telah diberi peluang untuk menginap di Avillion port Dickson

Kami diberi peluang untuk menginap di Premium Water Chalet dimana chalet ini adalah chalet yang paling mahal yang ada disini. Abam kaw kalau tidak kerana diberi peluang begini, tak mampu abam kaw nak menginap secara sendiri. 

Secara peribadi, abam kaw tidak menyangka impian abam kaw untuk menginap di chalet ini termakbul. Terima kasih kepada Avillion Port Dickson kerana menerima kunjungan kami. 

Premium Water Chalet, Avillion Port Dickson

Sedikit informasi berkenaan Premium Water Chalet, Avillion Port Dickson. Chalet ini berinspirasikan dari perkampungan nelayan masyarakat melayu yang ditambah dengan konsep moden mewah dengan pancuran bilik mandi yang hebat dan juga pangkin untuk bersantai di siang hari. Ditambah pula dengan keempukan katil yang boleh memuatkan 4 orang didalam suatu masa. 

Avillion Port Dickson Fauzi Aryaan

Avillion Port Dickson Fauzi Aryaan

Avillion Port Dickson Fauzi Aryaan

Avillion Port Dickson Fauzi Aryaan


Selain itu, Premium Water Chalet ini lebih menarik dengan kemudahan:

  1. Keluasan bilik 50.42 meter persegi
  2. Katil bertiang dan juga katil tambahan untuk 2 orang
  3. Pangkin untuk bersantai
  4. Balkoni peribadi yang menghadap Selat Melaka
  5. Sambungan WiFi
  6. Peti sejuk
  7. Kemudahan kopi dan teh

Avillion Port Dickson Fauzi Aryaan

Avillion Port Dickson Fauzi Aryaan

Bagi abam kaw, chalet ini memang sesuai bagi mereka yang perlukan percutian priversi sambil menikmati alam semulajadi dan juga hempasan ombak yang mendamaikan. 

Avillion Port Dickson Fauzi Aryaan

Terima kasih kepada Avillion Port Dickson kerana menerima dan melayan kami sepanjang kami berada disini. Hari minggu kami terisi dengan penginapan yang sangat hebat dan menggembirakan untuk dikongsi bersama pembaca blog abam kaw ni haa.


Congo Bar | Panas Dari Dapur Ita's Kitchen

$
0
0
Congo Bar Fauzi Aryaan

Congo Bar | Panas Dari Dapur Ita's Kitchen | Anda penggemar congo bar? Ni abam kaw nak promo 1 usahawati (gelaran usahawan untuk wanita sesuai kot) ni yang memang pakar didalam menghasilkan congo bar dan juga pelbagai jenis kek dan juga pastri iaitu Ita's Kitchen

Keunikan Congo Bar Ita's Kitchen

Tempoh hari abam kaw telah dikejutkan dengan menerima 1 bungkusan diatas katil abam kaw ni haa. Tapi bungkusan ini agak pelik sebab bau dari bungkusan tu adalah macam makanan. Agak unik bilamana bungkusan dari Pos Malaysia mempunyai bau makanan. 

Congo Bar Fauzi Aryaan

Seronok abam kaww ni haa asyik membelek keliling bungkusan tanpa mengetahui apa isi dalam tersebut, bau makanan tersebut makin menerjah hidung abam kaw ni. 

Sekali abam bukak jeee. Tadaaaa yess ianya adalah bungkusan sebiji congo bar dari Ita's Kichen

Congo Bar Fauzi Aryaan

Agak pelik sangat-sangat bila makanan yang berupa sebiji kek dalam berkeadaan cantik bagaikan baru keluar oven selamat tiba dirumah. 

Apa lagi, abam pun segera memotong kepada beberapa bahagian kecil dan mula merasa. Yeszaa rasa congo bar ini masih fresh dan tiada sedikit cacat cela. 

Congo Bar Fauzi Aryaan

Bagi sesiapa yang ingin menempah congo bar yang ohsem ni, korang boleh berbuat demikian kerana mereka hanya akan mengenakan harga sebanyak RM60 untuk sebiji congo bar sehingga hujung Jan 2015 dan bermula Feb 2015, harga akan menjadi RM70.

Informasi Ita's Kitchen:

No.fon: 019-6496897


Instagram: @itaskitchen 


Facebook: Norzita Jaafar

Terima kasih kepada owner Ita's Kitchen, Puan Norzita Jaafar untuk congo bar yang sangat sedap dan memang terbaik sebab boleh dipos keseluruh Malaysia.

PEMENTASAN MEK MULUNG “PUTERA CAHAYA BULAN” | Pementasan Tradisi Melayu

$
0
0

PEMENTASAN MEK MULUNG “PUTERA CAHAYA BULAN” | Pementasan Tradisi Melayu | Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dengan kerjasama Istana Budaya akan membuat pementasan yang julung-julung kalinya kerjasama iaitu PEMENTASAN MEK MULUNG “PUTERA CAHAYA BULAN” . 

Untuk pengetahuan semua, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak pernah jemu untuk memperkenalkan kebudayaan yang ada di Malaysia kepada hadirin. Sepanjang tahun lepas abam kaw secara peribadi telah menonton lebih kurang 2 atau 3 pementasan yang diadakan di Auditorium Bandaraya Kuala Lumpur antaranya Malam Gala Inspitari 2014 dan juga Teater Bangsawan Sinbad. 

Keunikan Mek Mulung "Putera Cahaya Bulan" 

Untuk siri PEMENTASAN MEK MULUNG “PUTERA CAHAYA BULAN” ini, keistimewaannya adalah teater yang mengangkat budaya Negeri Kedah. 


Selain itu pelakon yang akan menjayakan teater ini juga bakal menjadi penarik iaitu Arja Lee yang memegang watak utama Putera Cahaya Bulan, Izreen Azminda sebagai gadis desa, Hairi Safwan sebagai Wak Nujum dan ramai lagi pelakon lain. 

Pementasan yang akan mula dipentaskan pada 28 Feb 2015 dan 1 Mac 2015 akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya Kuala Lumpur. Tiket akan dijual bermula pada harga RM23 sehingga RM83 sahaja. 

Untuk maklumat lanjut, anda semua boleh menghubungi mereka di bahagaian Komunikasi Korporat di talian 03-26148200 / 013-545 9602 (En Roy) / 019-7082421 (As).

Akhir kata, sesiap untuk sama-sama menonton PEMENTASAN MEK MULUNG “PUTERA CAHAYA BULAN” yang sudah tentu akan meriah dengan warna-warni budaya Malaysia didalamnya. 

MMA Santai Corner | Lokasi Mee Udang Terbaik

$
0
0
Mee Udang Fauzi Aryaan

MMA Santai Corner | Lokasi Mee Udang Terbaik | Siapa sangka hanya sebuah food court yang dianggap biasa, MMA Santai Corner menyimpan menu makan yang terbaik di kawasan Nilai. 

Apa yang abam kaw dengar, kebanyakan pengunjung MMA Santai Corner kebanyakan bukan warga Nilai sendiri. Ada yang abam dgr dari Shah Alam, Subang, Kajang dan ada juga yang datang dari kedah Perlis dan banyak lagi. 

Keistimewaan MMA Santai Corner

Mee Udang Fauzi Aryaan

Apa tarikan MMA Santai Corner sehingga ramai pengunjung luar untuk datang kesini? Tidak lain dan tidak bukan adalah kerana mee udang hasil cetusan resepi D'Laila Mee Udang yang hangat diperkatakan disosial media. D'Laila Mee Udang juga telah mendapat publisiti daripada media masa seperti surat khabar dan sekali gus menaikkan nama mee udang ini.

Selain mee udang yang menjadi bualan orang ramai, D'Laila Mee Udang juga telah menyediakan masakan terbaru iaitu pelbagai jenis masakan tambahan seperti masak asam tempoyak, asam pedas, gulai kari, masak lemak nenas dan juga masak lemak cili api.

Mee Udang Fauzi Aryaan

Mee Udang Fauzi Aryaan

Mee Udang Fauzi Aryaan

Mee Udang Fauzi Aryaan

Mee Udang Fauzi Aryaan

Mee Udang Fauzi Aryaan

Memang rambang mata bila melihat makanan laut yang terhidang. Pelbagai jenis ikan, udang, kupang yang kata si pemilik gerai akan habis setiap hari. 

Mee Udang Fauzi Aryaan

Yang bestnya adalah semua hidangan ini dimasak secara live depan pengunjung dan menggunakan periuk tanah liat untuk memasak setiap hidangan yang diminta oleh penginjung.

Abam kaw dan rakan-rakan blogger lain telah dihidangkan dengan pelbagai jenis menu yang cukup special antaranya:

Mee Udang Fauzi Aryaan
Masak asam pedas telur ikan mayong

Mee Udang Fauzi Aryaan
Masak lemak cili api bersam rebung & ikan patin salai

Mee Udang Fauzi Aryaan
Masak lemak nenas udang & kupang

Mee Udang Fauzi Aryaan
Masak asam tempoyak ikan patin

Secara keseluruhannya, abam sangat suka dengan konsep yang dibawakan oleh D'Laila Mee Udang ini dengan penambahan sedikit pembaharuan dimana pengunjung boleh merasai menu baru di gerai mereka. 

Sebagai penutup, menu yang sangat signature bagi D'Laila Mee Udang adalah mee udang mereka sendiri yang sangat mengiurkan. 

Mee Udang Fauzi Aryaan

Korang boleh bayangkan betapa tersadarnya abam kaww dan rakan lain apabila selesai menjamah semua menu yang dihidangkan. 

Mee Udang Fauzi Aryaan

Bagi korang semua yang ingin menikmati pengalaman menjamah Mee Udang terbaik dan juga menu-menu sampingan yang tidak kurang hebatnya boleh laaa singgah ke MMA Santai Corner. Korang hanya perlu menggunakan aplikasi waze dan cari "MMA SANTAI CORNER", pasti korang akan dibawa betul-betul dihadapan kawasan makan ini. 


Akhir kata, terima kasih kepada D':aila Mee Udang kerana melayan kami dengan mesra. Memang terbaik laa kak !!!

Desa Water Park | Taman Tema Keluarga

$
0
0
Desa Water Park Fauzi Aryaan

Desa Water Park | Taman Tema Keluarga |Desa Water Park yang terletak berhampiran Lebuhraya Utara Selatan ini menjadi lokasi santai abam kaw dan keluarga. Sebenarnya taman tema ini sudah lama terbina dikawasan ni tetapi abam kaw baru berkesempatan untuk berkunjung kesini selepas sekian lama. 

Keisitimewaan Desa Water park

Desa Water Park Fauzi Aryaan

Apa yang best disini adalah terletak pada harga yang sangat berpatutan berbanding taman yang lain. 

Selain kemudahan yang sangat selesa, pengunjung yang berkunjung di Desa Water Park ini juga tidak terlalu ramai, sendat & padat berbanding taman tema yang pernah abam kaw kunjungi. Itu menjadi pilihan abam kaw kerana abaw ni jenis serabut dengan manusia yang terlalu ramai dan akhirnya banyak permainan yang akan kita terlepas. 

Desa Water Park Fauzi Aryaan

Desa Water Park Fauzi Aryaan

Dengan hanya RM35 bagi dewasa dan RM25 untuk kanak-kanak menjadikan taman tema ini menjadi pilihan warga Kuala Lumpur dan sekelilingnya untuk menluangkan masa bersama keluarga. 

Desa Water Park Fauzi Aryaan

Oh sebelum memasuki tamana tema ini, korang akan menjalani pemeriksaan dimana segala makanan dan minuman dari luar adalah TIDAK DIBENARKAN untuk dibawa masuk kedalam taman tema ini. Tetapi sekiranya korang beruntung, makanan yang korang bawa itu akan lepas juga. Hehehe

Desa Water Park Fauzi Aryaan

Apabila melangkah masuk kedalam taman tema ini, abam sedikit terpukau dengan warna warni yang mereka tampilkan. 

Seperti taman tema lain, mereka akan target golongan kanak-kanak untuk merasi pengalaman yang menggembirakan. Tetapi bagi abam, bukan sahaja mereka yang teruja, abam kaw ni haa turut teruja untuk sama-sama bermain didalam taman tema seperti ini. 

Kemudahan Taman Tema

Bagi anda semua yang ingin taman tema ini, abam nasihatkan untuk datang seawal mentari kerana disini turut disediakan wakaf-wakaf untuk masing-masing mengambil tempat berehat dan juga membuat kawasan tersebut sebagai 'rumah sementara' anda semua. 

Desa Water Park Fauzi Aryaan

Desa Water Park Fauzi Aryaan

Desa Water Park Fauzi Aryaan

Bukan sahaja kemudahan pondok-pondok ini, mereka juga menyediakan tempat untuk berbaring santai yang begitu seronok.

Korang boleh tengok abam kaw yang begitu santai memantau keadaan sekeliling sambil mengadap matahari yang sedap memancar. 

Secara peribadi, abam suka dengan keadaan disini berbanding tempat lain yang tidak begitu ramai dengan manusia. Itu yang lebih abam tekankan sekiranya ingin kemana-mana taman tema. 

Desa Water Park Fauzi Aryaan
  
Desa Water Park Fauzi Aryaan

Desa Water Park Fauzi Aryaan

Desa Water Park Fauzi Aryaan

Desa Water Park Fauzi Aryaan

Desa Water Park Fauzi Aryaan

Korang rasa tak seronok ke kalau abam kaww sudah gelak bagaikan nak termeninggal??? Haaa memang sangat-sangat seronok. 

Desa Water Park Fauzi Aryaan

Desa Water Park Fauzi Aryaan

Desa Water Park Fauzi Aryaan

Desa Water Park Fauzi Aryaan

Memang seronok untuk meluangkan masa dihari cuti bersama keluarga disini.

Untuk makluman semua, pengawalan ibu bapa dan juga penjaga amatlah dititik beratkan disini selain kehadiran pengawal keselamatan yang sentiasa berjaga disetiap kawasan yang berair. Mereka begitu teliti dengan keselamatan pengunjung disini. Manakan tidak, korang akan sentiasa mendengar tiupan wisel yang akan kedengaran disetiap kolam yang dijaga.

Sekiranya anda semua berasa lapar atau haus, di Desa Water Park ini juga turut menyediakan gerai-gerai yang menjual makanan untuk memenuhi kehendak perut yang kelaparandan kehausan. 

Desa Water Park Fauzi Aryaan

Desa Water Park Fauzi Aryaan

Secara keseluruhan, abam kaw tersangat berpuas hati dengan kelengkapan dan juga kemudahan yang disediakan disini dan yang paling best adalah tidak terlalu ramai. Itu yang abam ingin tonjolkan. 

Terima kasih kepada Desa Water Park kerana menyediakan taman tema yang sangat menarik untuk abam dan keluarga meluangkan masa kami semua. Memang sebuah taman yang boleh dicadangkan untuk orang lain merasainya. 

HARI KEKASIH | Promosi Dari SOI Twenty Three

$
0
0
Valentine Day SOI Twenty Three Fauzi Aryaan

HARI KEKASIH | Promosi Dari SOI Twenty Three| Bersempena sambutan hari kekasih yang akan berlangsung pada 14 Feb 2015 nanti, Restoran SOI Twenty Three, Pacific Regency Hotel Suites Kuala Lumpur mengadakan promosi ini. 

Berlokasi ditengah-tengah segitiga Kuala Lumpur, menjadikan Pacific Regency Hotel Suites Kuala Lumpur sebuah lokasi untuk pengunjung datang merasai makanan disini kerana segala kemudahan pengangkutan awan sangat mudah untuk dicapai sekiranya pengunjung ingin datang.

SOI Twenty Three

Valentine Day SOI Twenty Three Fauzi Aryaan
Dengan susun atur yang santai dan masih mengekalkan ekslusif sebuah restoran bertaraf hotel lima bintang, abam pasti korang pasti teruja beserta dengan lokasinya ditingkat 23 bagaikan berada diatas awangan. 

Untuk pengetahuan semua SOI Twenty Three telah banyak menyertai beberapa pertandingan masakan dan berjaya menggondol anugerah. Antaranya Malaysia's Best Restaurants 2006, Malaysia's Best Restaurants 2008, Malaysia's Best Restaurants 2010, dan menyertai The KL International Gourmet Festival 2005 dan 2016 meletakkan SOI Twenty-Three antara restoran terbaik di Kuala Lumpur.

Jadi abam kaw secara secara secara bersungguh menyatakan bahawa korang tidak akan menyesal dengan hidangan yang mereka hidangakan. 

Valentine Day SOI Twenty Three Fauzi Aryaan
SOI Appetizer Platter

Valentine Day SOI Twenty Three Fauzi Aryaan
Prawn Tom Yam

Valentine Day SOI Twenty Three Fauzi Aryaan
 Green Curry Seafood

Valentine Day SOI Twenty Three Fauzi Aryaan
 Pandan Chicken

Secara keseluruhan, abam kaw sangat suka dengan menu Green Curry Seafood dan juga SOI Appetizer Platter. Memang menjadi kegemaran abam kaw dengan menu ini. 

Promosi Hari Kekasih

Valentine Day SOI Twenty Three Fauzi Aryaan

Untuk sesi promosi hari kekasih - SPLENDORS OF LOVE disini, mereka dengan hanya mengenakan sebanyak RM430++ sepasang termasuklah pengunjung akan diberikan sejambak bunga, secawan Prosecco (sejenis minuman keras), sekotak coklat dan juga gambar polaroid sebagai kenangan di SOI Twenty Three

Bila korang semua melihat dekorasi untuk promosi ni, mereka yang tiada psasngan bagaikan ingin mencari juga supaya dapat turut serta merasai pengalaman makan malam ini. Dengan pemandangan ditingkat 23 bangunan restoran, korang akan merasai pengalaman bagai diawang-awangan. 

Valentine Day SOI Twenty Three Fauzi Aryaan

Valentine Day SOI Twenty Three Fauzi Aryaan

Valentine Day SOI Twenty Three Fauzi Aryaan

Memang sangat sesuai bagi pasangan yang ingin meraikan hari kekasih yang hadir setahun sekali. 

Menu Valentine Day - SPLENDORS OF LOVE

Untuk menu sempena promosi valentine day ini, pilihan menu adalah seperti berikut: 

Romance
Soup
Roasted pumpkin cream soup with toasted foccacia crouton

Lovely Forever
Main Course
Terdapat 3 pilihan menu utama untuk dipilih

Valentine Day SOI Twenty Three Fauzi Aryaan
Pan seared of wild barramundi with sweet & sour tomatoes, potato chips and raspberry vinaigrette

Valentine Day SOI Twenty Three Fauzi Aryaan
Oven baked marinated chicken breast with mushroom fricassee, truffle garlic mashed potato, buttered vegetables and poached pear

Grilled fillet of beef with green peppercorn, truffle mashed potatoes, buttered vegetables and poached pear

Yes.. I Do
Dessert

Valentine Day SOI Twenty Three Fauzi Aryaan

Korang jangan risau samada kenyang atau tidak kerana setiap hidangan yang dihidangkan memang sangat kenyang untuk kapasiti seorang makan. Hehehe

Akhir kata, bagi mereka yang ingin membawa pasangan mereka untuk makan malam agar mencuba hidangan dari restoran SOI Twenty Three ini. Abam pasti korang tidak akan menyesal. 

Pacific Regency Hotel Suites
Level 9 Executive Office (Opposite KL Tower's front entrance)
KH Tower, Jalan Punchak, Off Jalan P. Ramlee,
50250 Kuala Lumpur

Tel: 03-2332 7777 ext 6804

Fax: 03-2031 4715


GPS Coordinate
N3 09.179 E101 42.326

Waze
Search "Pacific Regency Hotel"

Valentine Day SOI Twenty Three Fauzi Aryaan

Terima kasih pihak Restoran SOI Twenty Three kerana menerima kehadiran kami rakan blogger ke majlis pengenalan ini. 

By Fauzi Aryaan | Koleksi Kurta Lelaki

$
0
0
By Fauzi Aryaan

ByFauziAryaan | Koleksi Kurta Lelaki | Sejak dua menjak ni pelbagai jenis kurta dan jubah kebelakangan ini sedang hangat diperkatakan oleh orang ramai. Dari harga yang murah sehinggalah yang agak mahal. 

Terbaru By Fauzi Aryaan iaitu label pakaian dari abam kaw sendiri menampilkan koleksi kurta pertama yang diberi nama THE ABSYAR KURTA dimana koleksi kurta ini adalah cubaan pertama abam didalam dunia perniagaan. 

Keistimewaan By Fauzi Aryaan

By Fauzi Aryaan

Untuk koleksi THE ABSYAR KURTA ini, By Fauzi Aryaan cuba mengenengahkan apa yang abam kaw suka bermula daripada design dan juga warna yang abam pilih

Bak kata orang, apa yang kita suka kita akan kongsi bersama dengan orang lain. Ini yang cuba abam kaw terapkan didalam koleksi kurta pertama ini. 

By Fauzi Aryaan

Cubaan untuk menampilkan warna putih krim sebagai warna asas untuk koleksi pertama THE ABSYAR KURTA agak menjadi dimana penerimaan orang ramai agak membanggakan bagi abam kaww sebagai orang yang dalam percubaan dalam dunia perniagaan.

By Fauzi Aryaan

Koleksi By Fauzi Aryaan

Sebagaimana yang abam kaw katakan, By Fauzi Aryaan bukanlah sebuah jenama yang hebat. Abam tampil dengan label sendiri sebagai mencuba untuk melihat sejuh mana nama By Fauzi Aryaan diterima didalam dunia perniagaan.
By Fauzi Aryaan
By Fauzi Aryaan
By Fauzi Aryaan
Untuk koleksi kurta pertama ini, abam tampil dengan potongan yang diperagaan adalah sesuai untuk dibawa kemajlis dan juga kepejabat sekiranya mereka yang inginkan sesuatu kelaina. 

Secara peribadi, abam selalui mengenakan pakaian seperti kurta dan juga baju melayu dihari jumaat untuk kepejabat. Lebih kelihatan santai dan masih didalam mood hari jumaat.

Bagi korang yang ingin melihat koleksi kurta dari By Fauzi Aryaan korang boleh menjengah ke:

Instagram : 
@ByFauziAryaan

Telefon / watsapp: 
017-2750470



THE BALL ROOM | Lokasi Hiburan Santai

$
0
0
The Ball Room Fauzi Aryaan

THE BALL ROOM | Lokasi Hiburan Santai | Remaja mahupun keluarga tidak akan lepas dengan permainan santai iaitu permainan boling. Terbaru THE BALL ROOM tampil dengan pembaharuan yang sangat drastik. Apa yang drastiknya? Teruskan untuk membaca entri ini. 

The Ball Room Fauzi Aryaan

Berlokasi di Nu Sentral Kuala Lumpur, THE BALL ROOM telah mengadakan majlis perkenalan dan juga majlis pembukaan kepada media dan juga rakan blogger. Abam kaw juga dijemput untuk sesi perkenalan dan majlis pembukaan ini.

Menarik THE BALL ROOM

Yang best berkenaan THE BALL ROOM ini adalah dimana kesemua jenis hiburan dibawah 1 bumbung. Dengan konsep EAT. DRINK. BALL, mereka menyediakan hiburan seperti permainan boling, pool dan dart lounge dan tidak lupa juga bilik untuk berkaraoke yang abam kaw pasti akan menjadi THE BALL ROOM suatu lokasi tarikan di Nu Sentral Kuala Lumpur.

The Ball Room Fauzi Aryaan

Turut disediakan lokasi untuk mereka yang ingin mengadakan majlis peribadi atau pun apa jua majlis pelancaran. Kiranya semua yang ada disini memang cukup lengkap.

The Ball Room Fauzi Aryaan

Selain berhibur disini, mereka juga turut menyediakan makan untuk dijamu. Sambil bermain, korang boleh membasahkan tekak dan juga merasai menu-menu yang mereka sediakan. Yess semuanya didalam satu kawasan. Sangat mudah bukan. 

The Ball Room Fauzi Aryaan

The Ball Room Fauzi Aryaan

The Ball Room menyediakan 24 lane dan beberapa ruangan boling khas yang mungkin boleh digunakan untuk sebarang majlis peribadi. 

The Ball Room Fauzi Aryaan

Abam kaw dan rakan blogger lain diberi peluang untuk merasai pengalaman bermain di 'rumah baru'The Ball Room.

The Ball Room Fauzi Aryaan

Bagi korang yang ingin merasai pengalaman hiburan dibawah satu bumbung, korang boleh jadikan THE BALL ROOM ini sebagai lokasi hiburan bersama rakan mahupun keluarga.

THE BALL ROOM
Lot 4.01, Level 4, Nu Sentral,
No. 201, Jalan Tun Sambanthan,
50470 Kuala Lumpur, Malaysia.

WAKTU PERNIAGAAN:
Dibuka setiap hari 10:00am – 1:00am

FACEBOOK PAGE:

Terima kasih kepada pihak THE BALL ROOM kerana menerima kahadiran abam kaww dan rakan blogger lain kemajlis pembukaan THE BALL ROOM Nu Sentral.


FAIQA | Sup Merah Terbaik Di Shah Alam

$
0
0

Faiqa Sup Merah dan Bubur Fauzi Aryaan

Faiqa Sup Merah dan Bubur Fauzi Aryaan

FAIQA | Sup Merah Terbaik Di Shah Alam | Untuk edisi makan-makan abam kaw kali ini, abam ingin membawa pembaca semua kesebuah lokasi makanan yang unik iaitu di FAIQA SUP MERAH DAN BUBUR. Apakah yang terbaik disini? Teruskan untuk membaca entri ini.

Berkata didalam hati abam kaw pada mulanya bagaimana rasa dan rupa sup merah yang akan dihidangkan. Adakah ianya pedas? Bagaimana pula bubur yang dihidangkan nanti? Semua itu menjadi teka teki bagi abam kaw.


Faiqa Sup Merah dan Bubur Fauzi Aryaan


Berlokasi di Food Court Anjung 7, Seksyen 7 Shah Alam dan bersebelahan dengan UNISEL, lot kedai FAIQA SUP MERAH DAN BUBUR tersergam kemas didalam bangunan Food Court Anjung 7 tersebut.

Menarik Faiqa Sup Merah & Bubur

Yang menariknya bagi Faiqa Sup Merah & Bubur adalah terletak pada sup merah yang mereka hidangkan. Bagi mereka yang pernah melawat ke kota Singapura, abam kaww pasti korang semua pernah merasai sup merah disana. Tetapi menu sup merah yang mereka hasilkan mempunyai sedikit kelainan dan kini berada di Shah Alam.

Terdapat 3 jenis sup merah yang mereka hidangkan iaitu sup merah daging, sup merah kambing dan sup merah gear box.

Faiqa Sup Merah dan Bubur Fauzi Aryaan
Sup merah gear box kambing
Faiqa Sup Merah dan Bubur Fauzi Aryaan

Faiqa Sup Merah dan Bubur Fauzi Aryaan
Sup merah daging
Faiqa Sup Merah dan Bubur Fauzi Aryaan

Faiqa Sup Merah dan Bubur Fauzi Aryaan

Untuk set sup merah ini, sup ini akan didatangkan bersama roti perancis atau pun sepinggan nasi bergantung kepada permintaan pelanggan. Bagi abam kaw, makan dengan roti lagi best kot. Hehehe. Rasa sup merah ini sangat berlainan dengan sup yang biasa abam kaw makan. Sedikit masam-masam dari tomato puri menjadikan sup merah ini sangat berlainan dan sudah tentunya memang sedap. 

Selain daripada rasanya yang menyelerakan, yang paling abam tertarik adalah harganya yang  sangat berpatutan serta portion makan yang sangat banyak. Jadinya korang pasti akan kenyang untuk hidangan seperti ini.

Selain daripada signature mereka iaitu sup merah, mereka juga menampilkan bubur dengan pelbagai jenis lauk. Untuk kesemua hidangan bubur ini, mereka akan hidangkan sekali dengan kangkung, sambal kering, sambal belacan, ikan bilis garing, lobak jeruk, telur masin dan juga kicap untuk menambah perasa. 

Faiqa Sup Merah dan Bubur Fauzi Aryaan
Pelbagai jenis bubur & lauk dengan harga yang sangat berpatutan
Faiqa Sup Merah dan Bubur Fauzi Aryaan
Bubur nasi + sup merah meat ball
Faiqa Sup Merah dan Bubur Fauzi Aryaan

Untuk hidangan bubur ini, abam kaw telah campurkan segala jenis kangkung, sambal kering, sambal belacan, ikan bilis garing, lobak jeruk, telur masin dan juga kicap kedalam bubur ini dan digaul mesra. Rasanya memang terbaik !!!

Faiqa Sup Merah dan Bubur Fauzi Aryaan

Bagi korang yang ingin merasai menu sup merah & bubur dari mereka, korang bolehlah ke:

FAIQA SUP MERAH & BUBUR
Lot 2, Ground Floor, 
Kompleks Anjung 7, 
Jalan Zirkon 7/B, 
40200, Selangor Seksyen 7, 
Shah Alam 


Instagram: @Faiqa_Food

Landmark: Bersebelahan UNISEL Shah Alam

Waktu perniagaan
ISNIN - TUTUP
Selasa - Khamis:12:00 tengahari -11:00 malam
Jumaat: 6:00 petang - 11:00 malam
Sabtu & Ahad :12:00 tengahari - 11:00 malam

Faiqa Sup Merah dan Bubur Fauzi Aryaan

Faiqa Sup Merah dan Bubur Fauzi Aryaan

Terima kasih kepada pemilik FAIQA SUP MERAH & BUBUR kerana menerima kehadiran kami rakan blogger bagi sesi food review makanan kalian untuk kali ini. Semoga perniagaan kalian akan berjaya dimasa hadapan. Amin

Viewing all 69 articles
Browse latest View live