Quantcast
Channel: Ahmad Fauzi Aryaan
Viewing all 69 articles
Browse latest View live

Jenama Kasut XES | Majlis Perkenalan Duta XES

$
0
0
Kasut XES Fauzi Aryaan


Jenama Kasut XES | Majlis Perkenalan Duta XES | Bertempat di XES Premium Outlet yang terletak di Hicom-Glenmarie Industrial Estate Shah Alam, abam kaw dan beberapa rakan media telah dijemput untuk kesebuah majlis perkenalan dan menandatangani suatu kontrak sebagai Duta bagi sebuah jenama kasut buatan tempatan iaitu XES.

Kasut XES Fauzi Aryaan
Koleksi XES
Jenama kasut XES ini adalah bukan sebuah jenama asing bagi penghasilan kasut di Malaysia kerana mereka telah berada didalam pasaran Malaysia sejak 2002. Berpegang pada tagline "Superior Comfort for Happy Feet" menjadikan sesiapa yang memakainya akan merasai keselesaan bila menggayakannya.

Perkenalan Jenama Kasut XES

Bila memasuki premis jenama kasut XES ini, abam kaw bagaikan dirasuk apa bila melihat pelbagai jenis kasut dan juga beg. Malangnya tiada beg bagi lelaki dijual disini. Kesemua yang dipamerkan ini adalah sangat cantik dan memang menepati citarasa abam kaw yang suka sangat mencuba sesuatu dalam fasyen.

Kasut XES Fauzi Aryaan
Keadaan premis XES
Pelbagai jenis kasut daripada lelaki, wanita dan kanak-kanak turut dipamerkan disini dengan harga yang sangat berpatutan dan sesuai. Memang kalau abam banyak duit abam akan rembat sebarang dua untuk kolksi disini. Wowww sangat rekaan kasut mereka.

Kasut XES Fauzi Aryaan
Pelbagai jenis kasut wanita
Kasut XES Fauzi Aryaan
Koleksi kasut santai wanita
Selain menekankan konsep rekaan dan harga yang berpatutan, disini abam nak tekankan lagi bahawarekaan bagi jenama kasut XES ini adalah hasil buatan tangan, tahan lasak, tapak yang tidak licin dan yang paling penting adalah jenama kasut XES ini adalah hasil buatan Malaysia.

Kasut XES Fauzi Aryaan
Koleksi kasut lelaki
Kasut XES Fauzi Aryaan
Koleksi Sandal
Kasut XES Fauzi Aryaan
Koleksi kasut formal
Sehingga kini jenama kasut XES telah dibuka dibanyak cawangan serata Malaysia dan dianggarkan lebih kurang 80 premis jenama kasut XES ini. Jadi bagi pembaca blog abam kaw ni, korang sudah boleh mula untuk mencari-cari dimana jenama kasut ini.

Kasut XES Fauzi Aryaan
Koleksi kasut kanak-kanak

Majlis Perkenalan Duta XES

Selain perkenalan dengan jenama kasut XES ini, majlis ini adalah bertujuan untuk memperkanalkan duta bagi jenama kasut XES ini. 

Kasut XES Fauzi Aryaan
Pengacara majlis
Majlis ini diacarakan oleh PR Manager bagi jenama kasut XES mereka iaitu Cik Sabrina Quigley Chin yang juga merangkap pelayan kami sepanjang majlis berlangsung. Abam suka cara beliau melayan kami dengan begitu mesra sekali. TQ Miss !!

Kasut XES Fauzi Aryaan
Cik Mik Pun bersama pengarah XES
Akhirya duta bagi jenama kasut XES telah diumumkan. Beliau adalah  Cik Miko Pun Chiew Yoek. Untuk pengetahuan semua Cik Miko ini baru berusia 22 tahun dan pernah menyertai Miss Global International Malaysia 2014. Memang sesuai laaa beliau dilantik sebagai duta bagi jenama ini kerana beliau bagi abam sudah cukup pakej untuk menjadi seorang duta.

Kasut XES Fauzi Aryaan
Selesai sesi perkenalan duta XES
Sebagai duta jenama kasut XES, beliau akan mendapat banyak keistimewaan diantaranya ialah kontrak bernilai RM16,000 termasuk RM 1000 tunai ketika majlis menandatangan sebagai Miss XES Elegant 2014 / 2015, pemberian kasut bernilai RM3,600 selama setahun dan RM3,900 untuk iklan di dalam media massa. Bertuah Miss Miko menjadi duta bagi jenama ini.

Hadiah kasut XES

Selesai majlis perkenalan dengan duta bagi kasut XES ini, kami para blogger dibenarkan untuk membuat pemilihan 1 pasang kasut bagi lelaki dan wanita samada kasut atau beg tangan untuk dibawa pulang sebagai hadiah dari jenama kasut XES ini. 

Kasut XES Fauzi Aryaan

Bagai mengantuk disorongkan bantal bila pengumuman begitu diberikan. Woww !!! Jadi kami semua pun masing-masing bergeges untuk memilih rekaan kasut supaya rekaan yang dipilih tidak menjadi pilihan orang lain. Hehehee.

Kasut XES Fauzi Aryaan
Masing-masing sedang sibuk. Kredit MAWARDI
Masa yang diberikan kami gunakan dengan sebaik mungkin kerana boleh dikatakan semua rekaan kasut XES ini adalah cantik-cantik belaka dan yang paling penting ianya sangat selesa.

Kasut XES Fauzi Aryaan
Bersama rekaan kasut masing-masing. Kredit MAWARDI
Abam kaw juga tidak melepaskan peluang untuk mencari dan mencuba beberapa jenis rekaan dan akhirnya sepasang kasut santai telah abam pilih untuk dibawa pulang.

Kasut XES Fauzi Aryaan
Blogger bersama duta XES dan juga PR Manager bagi jenama kasut XES. Kredit MAWARDI
Apa pun abam ucapkan terima kasih kepada rakan blogger KitePunye kerana menjemput kemajlis ini dan ribuan terima kasih kepada Miss Sabrina kerana menerima kehadiran kami semua rakan blogger ke premis jenama kasut XES ini sekaligus ke majlis perkenalan duta XES ini.

Bagi sesiapa yang ingin melihat sendiri koleksi rekaan dari jenama kasut XES ini, korang boleh singgah di HQ outlet dialamat berikut:

XES PREMIUM
No. 2 Jalan Angkasawan U1/39
Sec U1,Hicom Glenmearie Industrial Estate.
40150 Shah Alam


Email: info.xesshoes@gmail.com

Telefon: 03-55695743


Penyampaian Hadiah Pemenang Jus Mangga PRAN | Sebuah Majlis Penghargaan

$
0
0

Penyampaian Hadiah Pemenang Jus Mangga PRAN | Sebuah Majlis Penghargaan | Tempoh hari abam kaw telah dijemput untuk sama-sama dalam meraikan suatu pertandingan minum dan menang yang dianjurkan oleh jenama yang tak asing lagi di Malaysia iaitu JUS MANGGA PRAN yang dimiliki oleh Syarikat Pinnacle Foods Sdn Bhd

Majlis penyampaian hadian pemenang jus mangga pran ini telah diadakan di Sri Damansara Coffee House dengan sangat meriah yang dihadiri oleh para pemenang dan juga rakan media & blogger. 

Rangkaian Produk PRAN

Jus mangga Pran
Seperti kebiasaanya, jus mangga pran ini adalah yang menjadi pilihan abam kaw memandangkan produk ini yang kerap abam kaw nampak di pasaraya di Malaysia. Tetapi abam kaw silap kerana dibawah jenama PRAN itu sendiri terdapat banyak rangkaian produk PRAN yang abam kaw sendiri baru ketahui.

Rangkaian produk jenama PRAN
Untuk pengetahuan semua, rangkaian produk PRAN ini telah mendapat perakuan HALAL daripada JAKIM. Jadi tiada istilah was-was kepada pengguna terhadap jenama ini. 

Pelbagai jenis minuman
Rangkaian produk PRAN ini bukan sahaja terdiri daripada jus minuman, malah mereka mengeluarkan pelbagai jenis produk termasuklah rempah masakan, biskut, air isotonik tenaga dan juga produk manisan untuk kanak-kanak. Boleh dikatakan rangaian produk PRAN ini menepati pilihan pengguna di Malaysia. 

Rempah masakan juga turut dipasarkan
Produk daripada jenama PRAN ini boleh korang semua dapati di kedai-kedai runcit terpilih dan hypermarket seperti Tesco, Aeon Big, Sogo, Preto, SegiFresh dan Jaya Grocer. Memang jenama PRAN ini sangat mudah didapati sejak dua menjak ini. 

Penyampaian Hadiah Pemenang Jus Mangga PRAN


Selain sesi perkenalan kepada rangkaian produk PRAN, majlis utama pada hari tersebut adalah majlis penyampaian hadia pemenang jus mangga PRAN

Majlis penyampaian hadiah
Sebanyak lebih kurang 25 hadiah mingguan telah diberikan kepada para pemenang dimana hadiah mingguan adalah wang tunai sebanyak RM 100 dan 3 hadiah utama yang terdiri daripada telefon pintar dan hadiah utamanya sebuah televesyen yang bersaiz 40 inci turut dimenangi. 


Majlis penyampaian hadiah pemenang jus mangga PRAN ini rata-rata meluahkan rasa sangat berpuas hati. Mana tidaknya dengan hadiah yang mereka menangi tu memang sangat berbaloi. Hanya dengan minum dan menang !!!


Apa pun terima kasih kepada blogger UJANG kerana menjemput abam kemajlis ini dan kepada pihak PRAN juga kerana menerima kami sebagai tetamu dimajlis ini. 

Wowww sekejap dengan hadiah pemberian dari PRAN yang sangat hebat. Lepas ni korang semua boleh cuba dapatkan dan rasai sendiri apa yang abam kaw rasa. 




Oh sebelum tu, bagi korang yang ingin info berkenaan rangkaian produk PRAN, korang boleh ikuti PRAN di:


Instagram: jusmanggapran

An Evening With Romanian Radio National Orchestra | Menggegar Dewan Philharmonic Petronas KLCC

$
0
0

An Evening With Romanian Radio National Orchestra | Menggegar Dewan Philharmonic Petronas KLCC | Bila peluang untuk menyaksikan persembahan orkestra yang bertaraf antarbangsa ditambah dengan persembahan didalam sebuah dewan yang juga bertaraf antarabangsa adalah sebuah pengalaman yang abam kaw sendiri tak pernah bayangkan. Memang abam kaw sendiri tidak akan melepaskan peluang yang diberi. 

Tempoh hari abam kaw telah diberi peluang untuk menghadiri sebuah persembahan orkestra yang dipersembahkan oleh Romanian Radio National Orchestra diketuai oleh konduktor mereka iaitu Maestro Tiberiu Soare.
An Evening With Romanian Radio National Orchestra
Bersama tiket masing-masingKonsert An Evening With Romanian Radio National Orchestra

Konsert An Evening With Romanian Radio National Orchestra

Penonton akan dibuai dengan muzik live daripada pemuzik profesional Romania selama lebih kurang 2 jam. Lagu-lagu yang dibawa oleh mereka ini adalah lagu-lagu klasik dinegara mereka, Romania. 

Untuk pengetahuan semua, undang-undang disini sama seperti di Istana Budaya dimana penonton tidak dibenarkan untuk merekod sebarang gambar atau video. Mujur kawan abam kaw sempat menggunakan teknik sorokkan dan ini jee laa gambar yang mampu abam 'curi'. Huhu..

Pentas utama MPO
Pemuzik mengambil tempat
Turut hadir bersama kami untuk menonton konsert An Evening With Romanian Radio National Orchestra ini adalah Menteri Penerangan, YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Chek, Menteri Komunikasi dan Multimedia
   
An Evening With Romanian Radio National Orchestra
Bersama YB Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek
Secara keseluruhan, ini adalah pengalaman pertama menonton persembahan orkestra secara langsung depan mata lebih-lebih lagu dengan persembahan konsert An Evening With Romanian Radio National Orchestra ini. 

An Evening With Romanian Radio National Orchestra
bersama rerakan #MemekMukaPenari
An Evening With Romanian Radio National Orchestra
Pengalaman bersama Dewan Filharmonik Petronas
Terima kasih kepada Cik Paris Ashiqin dari Majalah Destination Malaysia dan juga Kedutaan Romania kerana menjemput kami untuk sama-sama merasai pengalaman menonton persembahan An Evening With Romanian Radio National Orchestra ini. 

Gambar kredit : DIKBEE

Blogger Award 2014 | Iktiraf Para Blogger

$
0
0
Pak John Fauzi Aryaan


Blogger Award 2014 | Iktiraf Para Blogger | Bertempat di Restoran Pak John Steamboat & BBQ Wangsa Walk Mall , telah berlangsung suatu majlis yang dinamakan Blogger Award 2014. Tempoh hari kami telah merasai keadaan di Pak John Steamboat & BBQ yang terletak di Ecurve [SINI], Damansara, tetapi kali ini lokasinya bertukar ke Pak John Steamboat & BBQ di Wangsa Walk Mall.

Majlis yang diadakan dengan cukup meriah ini ditaja oleh Restoran Pak John Steamboat & BBQ beserta Kelab Komuniti Hai Blogger! dan dibantu oleh rakan media lain seperti Ebuzz Media, Voxscape dan eXplorasa.com.

Tujuan Majlis Blogger Award 2014

Majlis Blogger Award 2014 ini diadakan adalah bertujuan untuk meraikan dan memberi pengiktirafan kepada para blogger yang telah sama-sama turut serta didalam sebuah pertandingan "Food Review Pak John Steamboat & BBQ".

Add caption
Seramai 22 orang blogger yang turut serta didalam cabaran menulis berkenaan pandangan mereka terhadap Restoran Pak John Steamboat & BBQ ini dan hanya 3 pemenang yang dipilih berdasarkan penilaian kepada penulisan yang telah mereka berikan.

Jackie Tan - Manager
Para pemanang bukan sahaja akan menerima piala penghargaan malah mereka akan menerima sejumlah wang tunai dimana jumlah keseluruhan hadiah yang disediakan unutk para pemenang adalah berjumlah RM3000 tidak termasuk hadiah baucer yang sangat meriah. 

Blogger Ikon 

Sebelum majlis Blogger Award 2014 tempoh hari, majlis diteruskan dengan perkongsian bersama blogger icon iaitu pemilik blog eXplorasa, saudara Ishak Ismail dan juga vlogger yang agak berpengaruh, saudara Azfar. Beza antara mereka berdua adalah medium penyampaian dimana seorang menyampaikan melalui blog dan sorang lagi melalui bahasa badan atau lakonan. 

Pemilik eXplorasa
Pemilik kepada blog eXplorasa ini berkongsia dengan semua yang hadir berkenaan dilema seorang blogger didalam niche berbentuk makanan dimana rata-rata blogger yang hadir untuk food review tidak diberikan bayaran dan hanya cukup dengan memberikan makan secara percuma. 

Sesetangah pemilik restoran tidak mengetahui bahawa pengaruh blog boleh membantu didalam sebahagian daripada promosi bagi perniagaan mereka dan mereka tidak mengetahui apa yang ditulis oleh blogger akan kekal selamanya sehingga tidak dipadam didalam enjin carian. 

Hari ini kebanyakkan orang akan cuba mencari lokasi makanan yang sedap dengan enjin carian google. Melalui kata kunci yang sesuai, lokasi makan yang sedap yang ingin dicari pasti akan ditemui. 

Azfar- vlogger
Berbeza dengan blogger, vlogger biasanya berkongsi rasa dengan menggunakan bahasa badan atau lakonan untuk menyampaikan sesuatu. Azfaradalah salah seorang vlogger yang menyampaikan apa yang dirasa melalui apa yang abam kaw sampiakn tadi. Sebenarnya abam kaw ada juga menjengah youtube yang dihasilkan dan yesss, agak layan dengan lakonan mereka. 

Menu Di Pak John Steamboat & BBQ

Selain majlis Blogger Award 2014, ni haaa bahagian yang abam kaw sangat suka iaitu makan time !!! 

Untuk pengetahuan semua, Pak John Steamboat & BBQ menyediakan tempat yang konsudusif dan juga makanan yang berkonsepkan buffet dimana korang boleh makan sampai terpitam. Hehehe..


Miss Jackie menunjukkan cara grill yang betul

Keunikkan pakej buffet disini adalah jenis sup mereka yang pelbagai seperti sup tulang, sup tomyam, sup kari, sup miso, sup ayam dan sup udang. Korang boleh jengah ke entri abam kaw yang bercerita kemeletopan restoran ini di [SINI]

Sos pencicah yang sangat sedap
Pelbagai jenis makanan laut
Memang sangat mengiurkan laa dengan segala menu yang idsediakan disini. Korang pasti tak akan rasa rugi dengan servis yang diberikan.

Pengumuman Pemenang

Saat yang ditunggu oleh semua orang adalah pengumumaan pemenang bagi mereka yang telah menulis entri berkenaan Pak John Steamboat & BBQ tempoh hari. 

Para pemenang
Tahniah abam kaw ucapkan kepada tempat pertama NADIA JOHARI, tempat kedua MAHA MAHU dan tempat ketiga dimenangi oleh ELLIE TOH

Bersama hadiah masing-masing
Apa pun abam nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak Pak John Steamboat & BBQ kerana memilih abam kaw sebagai salah seorang penerima Blogger Award 2014 tempoh hari. Ini adalah antara kenangan yang berharga bagi abam sepanjang berblog. 

Sijil dan juga goodies yang diberikan
Sebelum pulang kami diberikan hadiah yang sangat banyak iaitu stok bahan-bahan untuk steamboat untuk dirasai. Penuh 1 bekas ais ni hadiah dari pihak penaja kepada kami semua. 

Bekalan steamboat
Terima kasih kepada CB FROZEN SDN BHD kerana menaja bekalan steamboat yang sangat banyak untuk para blogger didalam majlis Blogger Award 2014 ini. 

Bagi korang yang nak merasai steamboat & BBQ yang tiada had, korang boleh mencubanya di WANGSA WALK MALL pula. 

Restaurant Pak John Steamboat & Yong Tao Foo
Wangsa Walk Mall
Lot GL-02 & FL-02, Wangsa Walk Mall,
Wangsa Avenue
No. 9, Jalan Wangsa Perdana 1, Bandar Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur

Tel: 03-4141 8898



Instagram: #pakjohnsteamboatbbq

Elite Edgy EFX | Produk Penggayaan Rambut Terbaik

$
0
0
Elite Edgy EFX Fauzi Aryaan

Elite Edgy EFX | Produk Penggayaan Rambut Terbaik | Boleh dikatakan lelaki hari ini sangat mengutamakan gaya rambut dalam kegiatan harian mereka. Kaum Adam lazimnya akan memperuntukkan sedikit waktu untuk berdandan dihadapan cermin sebelum melangkah keluar.

Begitu juga dengan abam kaw, keadaan rambut menjadi aset yang sangat penting didalam melakukan kegiatan seharian. Kalau pakaian sudah hebat meletup pap pap pap, tak kan kita tidak fokus kepada penggayaan rambut kan??

Elite Edgy EFX, Produk Penggayaan Rambut Terbaik

Secara kebiasaannya minyak rambut, gel atau wax antara jenis produk rambut pilihan lelaki. Namun kebanyakannya sekadar tahu penggunaan asas tanpa mengambil berat perihal kesesuaian gaya rambut mengikut panduan rasmi penampilan.

Maka dengan adanya produk penggayaan ELITE EDGY EFX ini dapat membantu dalam penggayakan rambut menjadi lebih style dan lebih tredy. 

Apa itu ELITE EDGY EFX?? ELITE EDGY EFX adalah produk penggayaan rambut terbaik dimana produk ini telah dipercayaai oleh ramai pakar rambut. Ramai pakar penggayaan rambut percaya produk ini mudah digayakan dengan hanya mengunakan jari sahaja [SINI].

Produk Elite Edgy EFX

Untuk kali ini produk Elite Edgy EFX hadir dengan 3 keadaan iaitu FIBER, WAX dan CLAY. Dimana masing-masing punyai kelebihan masing-masing dan boleh memberi impak tersendiri sekiranya pandai menggunakan dengan cara yang betul.

Elite Edgy EFX Spiky Wax Fiber

Elite Edgy EFX Fauzi Aryaan
Fiber
- Untuk penampilan yang lebih santai 
- Sesuai untuk rambut yang pendek 
- Pengayaan lebih kepada rambut pacak
- Tahap kekerasan: 7/7
- Tahap bersinar: 4/7

Elite Edgy EFX Rugged Matte Wax

Elite Edgy EFX Fauzi Aryaan
Wax
- Untuk kelihatan lebih ranggi dan berkeyakinan 
- Sesuai untuk rambut yang pendek dan sederhana panjang
- sesuai untuk 'outing' dan untuk hadiri acara tertentu
- Tahap kekerasan: 5/7
- Tahap bersinar: 1/7

Elite Edgy EFX Wavy Loose Clay

Elite Edgy EFX Fauzi Aryaan
Clay
 - Untuk kelihatan lebih santai dan sempoi 
- Sesuai untuk rambut yang panjang 
- Pengayaan kepada rambut beralun 
- Tahap kekerasan: 6/7
- Tahap bersinar: 4/7

Pandangan Kepada Produk

Secara peribadi abam merasakan ketiga-tiga produk ini memang sangat sesuai dengan kehendak abam yang gemar lebih kepada rambut yang jenis kepuk-kepuk dan sedikit pacak serta kadang kala ingin kelihatan karakter 'budak baik'.

Tidak kira jenis Fiber, Wax atau Clay, mereka boleh memberikan gaya yang diinginkan untuk abam kaw keluar bersosial mahupun untuk menjalankan kerja seharian.

Elite Edgy EFX Fauzi Aryaan

Selain mampu memberikan gaya yang diinginkan, abam sangat suka dengan bau yang diberikan oleh produk ini. Produk ini memang wangi dan sangat menyenangkan. Itu adalah kriteria abam dalam memilih produk penggayaan rambut.

Elite Edgy EFX Fauzi Aryaan

Dan yang terakhir, produk Elite Edgy EFX ini sangat mudah untuk dicuci. Hanya dengan mengalirkan air biasa sahaja, produk ini akan luntur daripada terus melekat dirambut. Yesss ini juga sangat memudahkan abam akw untuk bersiap.

Elite Edgy EFX Fauzi Aryaan

Apa pun abam senang dan selesa selama menggunakan 3 jenis produk dari rangkaian Elite Edgy EFX ini. Terima kasih kepada Elite Edgy EFX kerana mengeluarkan produk penggayaan lelaki terbaik buat masa ini. Terima kasih juga kerana mempercayai blog Ahmad Fauzi Aryaan untuk edisi product review.

Menu Makanan Rusia | Citarasa Antarabangsa

$
0
0

Menu Makanan Rusia | Citarasa Antarabangsa | Bila sebut makanan, abam percaya Malaysia memang kaya dengan makanan dari pelbagai bangsa, suku kaun dan etnik. Ini belum lagi dikira dari segi makanan yang telah dicedok resepinya daripada menu-menu antarabangsa dan terjadi menu fusion yang sesuai dengan citarasa masyarakat Malaysia. 

Tempoh hari abam kaw dan beberapa rakan blogger dan media lain telah dijemput untuk bersama-sama dengan Kedutaan Rusia di Malaysia bagi majlis makan tengahari bersama media. Bukan mudah untuk bertemu dengan orang-orang kenamaan ini, maka abam pun rebutlah peluang untuk turut serta. Dapatlah abam kaw merasai menu makanan rusia

Menu Makanan Rusia

Tujuan majlis ini adalah untuk mengeratkan silaturahim antara pihak Kedutaan Rusia dengan media dan juga melihat kebudayaan mereka serta sekali gus merasai menu makanan rusia yang dihidangkan. Alhamdulillah mereka agak sensetif dengan isu halal dan insyaAllah makanan itu semuanya halal. 

Duta Besar Rusia di Malaysia (skirt biru), Lyudmila G. Vorobyeva
Apa yang abam perasan, mereka kurang dengan nasi dan menjadikan roti-roti sebagai makanan ruji mereka. Selain itu menu makanan mereka tidak pedas dan lebih gemar kepada cendawan dan juga pelbagai jenis sayuran sebagai makan mereka. Ni kalau abam kaw mesti kurus macam Duta Rusia ni haaa kot. Hehehee

Puff with Cabbage
Roti empuk yang berintikan sayuran kobis yang ditumus dengan bahan-bahan yang segar. 
Abam suka dengan rasa roti ini.
Puff with Chiken
Roti empuk yang berintikan ayam. Rasanya intinya seperti inti karipap. 
Ini pilihan abam kaw.

Chicken Rolls with Mushrooms
Bentuk seperti sushi, tetapi berlainan sedikit kerana isi ayam yang digulung dengan inti cedawan. 

Vegetables
Menu seperti masak sayur goreng campur. Lebih kurang seperti masakan melayu.

Eggplant Rolls with Mushrooms
Hirisan terung yang digulung dengan inti ayam dan sayuran. 
Ini menjadi pilihan abam kaw. 

Oliver Salad
Salad segar daripada pelbagai jenuis sayuran dan digaul dengan mayonuis dan dicampur dengan sedikit minyak zaitun. 

Pancakes with Salmon
Seperti lempeng melayu. Tetapi 'lempeng' ini berintikan salmon fresh. 
Tekak abam yang melayu ini tidak begitu masuk dengan menu ini. 

Marinated Mushrooms
Cendawan butang yang digaul dengan minyakl zaitun dan juga sedikit masam mungkin dari cuka yang digunakan dan dicampur dengan hirisan bawang besar dan juga bawang putih. 
Ini menjadi pilihan abam kaw. 

Fish Marinated in Carrot Sauce
Ini ikan yang digoreng dan kemudian di'mandi'kan dengan sos karot. Agak sedap rasanya, tapi abam hanya mengambil isi ikannya sahaja. 

Potato Fried with Mushrooms
Kentang yang digoreng dan dicampur dengan beberapa rempah. Sekali tengok bagaikan seperti kentang goreng biasa. Tetapi bila masuk kedalam mulut, memang meletup pap pap pap laaa bunyinya.
Menu pilihan abam kaw. 

Bersama deligasi Kedutan Rusia
Apa pun abam berbesar hati kerana dijemput untuk sama-sama turut serta bagi merasai menu makanan rusia ini dan dapaty beramah mesra dan melihat kebudayaan mereka secara dekat.

Bersama rakan blogger lain
Terima kasih diucapkan kepada Cik Paris Ashiqin dari Majalah Destination Malaysia dan juga pihak Kedutaan Rusia di Malaysia kerana menerima kaehadiran kami semua kesini.

Hotel Pullman Putrajaya | B's Restoran

$
0
0
Hotel Pullman Putrajaya Fauzi Aryaan

Hotel Pullman Putrajaya | B'S Restoran | Bila disebut sahaja Hotel Pullman Putrajaya, pasti didalam fikiran sudah terbayangkan keindahan, kehebatan dan kecantikan hotel tersebut bukan? Sama seperti abam kaw, bila mana abam kaw ni haaa dijemput untuk ke Hotel Pullman Putrajaya, abam sudah membayangkan keindahan dan kehebatan yang ada di sana.

Alhamdulillah, impian untuk sampai ke Hotel Pullman Putrajaya telah termakbul. Walaupun tidak bermalam disana tapi pengalaman disana memberi abam suatu perasaan baru.

Tempoh hari abam telah dijemput untuk sama-sama merasai pengalaman menikmati makan malam di sebuah restoran didalam Hotel Pullman Putrajaya iaitu B's Restoran, Hotel Pullman Putrajaya

Keistimewaan B's Restoran, Hotel Pullman Putrajaya

Hotel Pullman Putrajaya Fauzi Aryaan

Memasuki kedalam B's Restoran, Hotel Pullman Putrajaya ini, kami disambut dengan penyambut tetamu yang sangat mesra. Bila melihat dekorasi didalam ini, pilihan merah, hitam dan putih membangkitkan keindahan restoran ini. Kebetulan, abam kaw ni pun memang gemar dengan warna-warna sedemikian. 

Hotel Pullman Putrajaya Fauzi Aryaan

Keadaan yang selesa sangat dititikberatkan pihak restoran kepada setiap pengunjung. Pengunjung boleh memilih untuk bersantai sambil menikmati pelbagai jenis makanan ditempat yang berhawa dingin atau pun dikawasan yang terbuka. 

Hotel Pullman Putrajaya Fauzi Aryaan

Secara peribadi, abam kaw memang sangat suka dengan konsep disini. Dengan penggunaan warna dan juga susunan perabut yang sangat eksklusif. Apa yang menarik mata abam apabila huruf-huruf  bergantungan diatas siling restoran dan menjadikan ianya sesuatu yang berlainan. 

Hotel Pullman Putrajaya Fauzi Aryaan

Bila ditanya kenapa B dipilih sebagai nama restoran, chef disini mengatakan kebanyakan makanan mereka bermula dengan huruf B dan akhirnya baru abam terperasan banyak penggunaan huruf B didalam nama makanan mereka. 

Kepelbagaian Makanan Di B's Restoran, Hotel Pullman Putrajaya 

Hotel Pullman Putrajaya Fauzi Aryaan

Apa yang menarik disini dan kelainan yang dibawa di B's Restoran, Hotel Pullman Putrajaya? Kelainan disini adalah interaksi antara chef dan juga pengunjung. Selain kepelbagaian makanan di B's Restoran, Hotel Pullman Putrajaya, chef mereka tidak akan lokek ilmu atau pengalaman untuk berkongsi cerita kisah dengan penginjung berkenaan menu yang dihidangkan kepada pengunjung. Sesuatu yang abam kaw rasa keisitimewaan bila kita menikmati makanan disini. Korang boleh bertanya apa jua persoalan tentang menu atau tips-tip didalam masakan. hehehe.

Untuk pengetahuan semua, makana yang dihidangkan disini adalah yang memang asli dari negara barat dan dihidangkan oleh chef kita yang berbangsa melayu. Itu bagi abam memberi bonus tentang kebersihan dan kehalalan makanan. 

Hotel Pullman Putrajaya Fauzi Aryaan

Secara peribadi abam agak sedikit kekok dengan makanan-makanan yang dihidangkan, tetapi abam cuba sebaik mungkin untuk menikmati satu persatu makanan yang ada disini. Memang pengalaman baru yang abam rasakan.

Hotel Pullman Putrajaya Fauzi Aryaan

Hotel Pullman Putrajaya Fauzi Aryaan

Bukan mudah untuk kita merasai makanan yang asli dari negara barat dan B's Restoran, Hotel Pullman Putrajaya ada menyediakan semua menu ini.

Hotel Pullman Putrajaya Fauzi Aryaan

Hotel Pullman Putrajaya Fauzi Aryaan

B's Restoran, Hotel Pullman Putrajaya menyediakan makanan hebat yang bermula dengan menu membuka selera, menu utama dan juga pemanis mulut. Memang berbaloi dengan harga yang diberikan. 

Hotel Pullman Putrajaya Fauzi Aryaan

Hotel Pullman Putrajaya Fauzi Aryaan

Hotel Pullman Putrajaya Fauzi Aryaan

Hotel Pullman Putrajaya Fauzi Aryaan

Hotel Pullman Putrajaya Fauzi Aryaan

Hotel Pullman Putrajaya Fauzi Aryaan

Hotel Pullman Putrajaya Fauzi Aryaan

Hotel Pullman Putrajaya Fauzi Aryaan

Hotel Pullman Putrajaya Fauzi Aryaan

Hotel Pullman Putrajaya Fauzi Aryaan

Hotel Pullman Putrajaya Fauzi Aryaan

Hotel Pullman Putrajaya Fauzi Aryaan

Hotel Pullman Putrajaya Fauzi Aryaan

Oh yaaa sebelum abam lupa, informasi penting yang abam WAJIB bagitahu adalah B's Restoran, Hotel Pullman Putrajaya telah diiktiraf oleh pihak JAKIM sebagi sebuah restoran yang menghidangkan makanan HALAL kepada pengunjung. Jadi pengunjung tidak perlu was-was untuk menikmati makanan yang berkonsepkan barat disini. 

Hotel Pullman Putrajaya Fauzi Aryaan

Hotel Pullman Putrajaya Fauzi Aryaan

Bagi mereka yang ingin menikmati makanan yang berkonsep barat asli sambil menikmati panorama tepi tasik, B's Restoran, Hotel Pullman Putrajaya adalah jawapan yang paling tepat.

B's Restoran, Hotel Pullman Putrajaya
Pullman Putrajaya Lakeside
No.2, Jalan P5/5, Presint 5
62200 Putrajaya, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Tel. +60 (3) 8890 0000 
Email : info@pullmanputrajaya.com

Terima kasih kepada pihak B's Restoran, Hotel Pullman Putrajaya kerana sudi menerima kehadiran abam kaw untuk sesi perkenalan makanan disini. 

Cuti Sekolah Bersama Pak Nil | Melancong Di Dalam Kapal Libra Star Cruise

$
0
0
Cuti Sekolah Bersama Pak Nil Fauzi Aryaan

Cuti Sekolah Bersama Pak Nil | Melancong Di Dalam Kapal Libra Star Cruise| Cuti sekolah sudah semakin hampir. Abam pasti ramai dikalangan ibubapa sudah mula merancang-rancang untuk membawa anak masing-masing untuk bercuti. Seperti kebiasaan, ada yang akan membawa anak mereka pulang ke kampung, ada yang bersantai ditepi-tepi pantai dan ada juga yang akan membawa bercuti ke luar negara. 

Menjadi kebiasaan bila kita bercuti dengan menaiki kapal terbang tetapi seronok ke tidak kalau dapat bercuti diatas Kapal Libra Star Cruise??

Nahhh bila bercerita bercuti keluar negara, ni abam kaw nak perkenalkan program Cuti Sekolah Bersama Pak Nil diatas Kapal Star Cruise dari Penang-Phuket-Krabi-Penang selama 4 hari 3 malam

Menarik Cuti Sekolah Bersama Pak Nil

Apa yang menarik cuti sekolah bersama Pak Nil ni yee?? Haa ni abam kaw nak bagai tau apa yang menariknya bila dapat turut serta didalam program percutian ini.

  1. Daftar masuk di kaunter khas "Belayar Bersama Pak Nil"
  2. Sesi ramah mesra dan bergambar bersama Pak Nil
  3. Sesi minum petang dengan sajian istimewa
  4. Parti eksklusif bersama Pak Nil mengikut tema
  5. Sajian makan lewat malam yang menarik
  6. Acara permainan yang menyeronokkan bersama Pak Nil
  7. Sijil pelayaran yang ditandatangani khas oleh Pak Nil dan Kapten Super Star Libra
  8. Majlis Selamat Datang & BBQ Parti
  9. Gala dinner & Parti koktel
  10. Majlis perpisahan Fiesta De Libra
  11. Restoran Halal tersedia (Spices Restaurant)
  12. Persembahan bertaraf antarabangsa
  13. Persembahan "live band"
  14. Nikmati sehingga 4 hidangan mewah setiap hari
  15. Termasuk pengangkutan pergi dan balik dari KL - Penang - KL
Haaaa seronok ke tidak?? Sebenarnya abam kaw pernah merasai pengalaman menaiki Kapal Star Cruise ini dan telah menulis pengalaman indah tersebut di [SINI]

Jadi apa tunggu lagi, jom kita rancang bersama keluarga untuk sama-sama didalam program percutian ini.

Libra Star Cruise
Percutian 4 hari 3 Malam
Lokasi: Penang - Phuket - Krabi - Penang
Berlepas: 30 November 2014
Harga bermula: RM1499/pax
3rd and 4th pax: Diskaun RM500

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, 
boleh hubungi Puan Rozana di talian 012-626 4032.

Cepat sebelum korang semua ketinggalan !!!


MATIC FEST 2014 | Aktiviti Manfaat Bersama Keluarga

$
0
0

MATIC FEST 2014 | Aktiviti Bermanfaat Bersama Keluarga |MATIC FEST 2014 kembali lagi selepas kejayaan mengadakan MATIC FEST 2013 tahun lalu. Pelbagai acara telah diadakan bagi mereka yang tinggal berhampiran dengan tapak LANAI, MATIC Kuala Lumpur. 

Kali ini MATIC FEST 2014 kembali menggegarkan Kuala Lumpur dengan pelbagai aktiviti yang abam kaw rasa korang pasti akan tertarik dan akan turut serta untuk program kali ini. Bagi mereka yang ingin mengunakan perangkutan awam, LRT KLCC adalah jalan terbaik untuk sampai kesini. Memang mudah !!

Lokasinya yang bersebelahan dengan Restoran Saloma Bistro menjadi landmark bagi lokasi ini. 

Aktiviti Menarik Di MATIC FEST 2014

Apa yang menarik di MATIC FEST 2014? Haaa ni haaa abam nak cerita ni. Aktivitinya termasuklah kejohanan paintball, X-games, treasure hunt, tamiya mini 4D dan banyak lagi. 

Ini ada abam kaw sediakan senarai aktiviti yang akan berlangsung selama 3 hari bermula 31 Oktober 2014 sehingga 2 November 2014.


Jadi jom luangkan masa untuk ke MATIC FEST 2014 bertempat di LANAI, MATIC Kuala Lumpur bermula 31 Oktober 2014 (Jumaat) sehingga 2 November 2014 (Ahad). Sudah tentu banyak aktiviti bermanfaat disediakan disini untuk anda dan keluarga. 

Untuk keterangan lanjut tentang program ini, korang boleh hubungi:

Malaysia Tourism Center (MATIC)
109, Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur

Tel : 03-9235 4800 / 03-9235 4848
Fax : 03-2162 1149

www.matic.gov.my

Tips Melawat Universal Studio Singapore | Informasi Penting

$
0
0
USS Fauzi Aryaan

Tips Melawat Universal Studio Singapore | Informasi Penting | Bila sebut Universal Studio Singapore, abam kaw pasti ramai yang sudah berpengalaman untuk sampai kesana. 

Abam pernah mengimpikan untuk sampai kesana dan pada 20 Oktober 2014 tempoh hari, abam kaw dan 2 orang teman abam telah selamat sampai kesana. Perasaan abam kaw adalah sangat teruja ok !! Maklumlah ini adalah kali pertama sampai kenegara yang orang kata antara negara yang terbersih.

USS Fauzi Aryaan
Kami bertiga
Untuk entri kali ni, abam kaw nak berikan tips melawat Universal Studio Singapore. Walaupun ianya sebuah negara yang paling dekat dengan negara kita, tetapi informasi penting ini abam harap dapat membantu sedikit sebanyak bagi mereka yang ingin merasai pengalaman disana.

============================================

USS Fauzi Aryaan

Tips Melawat Universal Studio Singapore


  1. Minum pagi, roti & air mineral - Sebelum bergerak ke Universal Studio Singapore, abam nasihatkan korang untuk sarapan terlebij dahulu dan kemudian bawa sedikit bekalan seperti roti dan juga air mineral. Makanan ringan dibenarkan untuk dibawa masuk dan jangan sehingga korang bawa mangkuk tingkat untuk masuk. Memang kena hambat nanti. Hehehe
  2. Tiada chewing gum, & rokok - Bagi mereka yang merokok, bilangan yang dibenarkan dibawa masuk adalah sebanyak 18 batang sahaja dan negara Singapore adalah negara larangan kepada chewing gum.
  3. Ambil pakej untuk ke Universal Studio Singapore -  Untuk yang ni abam telah membeli pakej termasuklah bas pergi-balik dan juga tiket masuk yang bernilai RM175.00 sahaja. Ambil pakej seawal 7.30 pagi supaya korang akan tiba disana sebaik sahaja pintu Universal Studio Singapore dibuka lebih kurang 9.30-10.00 pagi.
  4. Bawa pasport - Pasport perlu dibawa untuk kesana. Sebenarnya abam ingatkan untuk merentasi keseberang sana tidak memerlukan pasport, tetapi pasport ini diperlukan semasa pemeriksaan keluar dan masuk di imigresen Singapore nanti. 
  5. Pakai seluar - Untuk memudahkan pergerakkan, memakai seluar adalah yang terbaik semasa berada disini. Ada sesetengah permainan akan memberi halangan sekiranya menggunakan seluar. 
  6. Tidak perlu DSLR - Bagi mereka yang suka bergambar, cukuplah sekadar menggunakan kemera telefon atau pun kamera kompak. Ini kerana sesetengan permainan memerlukan kita meninggalkan barang-barang dan menjadi risiko meninggalkan camera DSLR korang nanti. 
  7. Cukup sekadar bersandle - Bagi abam, pemakaian sandle berikat adalah terbaik kerana ade permainan yang pengunjung akan basah dan permainan yang tergantung seperti roler coster. Tidak perlu beriya sangat dengan kasut dan segala kasut tinggi. Hehe
  8. Ambil peta Universal Studio Singapore - Ini juga info penting. Dengan menggunakan peta, korang boleh jangka permainan yang korang perlu tuju dahulu. Bagi abam secara peribadi, selepas korang masuk kedalam Universal Studio Singapore, korang terus tuju kedalam dan bergerak kesebelah kanan dan terus tuju ke kawan bertema NEWYORK dan juga SCI FI dimana disana terdapat permaiann yang sangat seronok iaitu Transformer. Abam pasti selepas selesai pusing 1 Universal Studio Singapore korang akan kembali untuk masuk kesana semula.
  9. Sediakan wang cukup - Secara peribadi abam hanya menukar sebanyak 100 dolar bersamaan Rm258. Duit itu cukup untuk membeli beberapa cenderamata dari sana sebagai tanda kehadiran kita disana. Untuk pengetahuan korang semua, harga barang disana lebih kurang je dengan Malaysia. Seperti harga t-shirt di Malaysia Rm30 dan disana 30 dolar, makan di Malaysia RM6 dan disana 6 dolar, cuma korang jangan cuba untuk congak dengan menukar kembali dengan matawang kita kerana memang korang akan sakit hati sebab harganya yang agak mahal kerana 1 dolar singapore bersamaan RM2.85. 
  10. Ruang solat - Jangan risau bagi kita sebagai muslim kerana di Universal Studio Singapore mereka menyediakan surau yang sangat selesa untuk pengunjung. Urus masa korang untuk melakukan solat secara jamak supaya tidak terlalu berebut dengan jemaah-jemaah lain. 
  11. Pilih hari bekerja - Abam telah memilih hari bekerja untuk berkunjung disana kerana secara logiknya hari bekerja adalah waktu dimana ramai akan bekerja dan Universal Studio Singapore sedikit lengang dan mudah untuk kita merasai setiap permainan yang ada disini. 

Informasi penting ini abam harap dapatlah korang guna untuk melawat Universal Studio Singapore


USS Fauzi Aryaan

Terima kasih Universal Studio Singapore untuk pengalaman ohsem untuk edisi percutian ringkas abam kesini.

XES Premium Quill City Mall | Outlet XES Terbaru

$
0
0



XES Premium Quill City Mall | Outlet XES Terbaru | Ingin mencari jenama alternative bagi kasut baru anda?? Jenama kasut XES adalah jawapan kepada persoalan anda. 

Terbaru XES Premium telah membuka cawangan mereka yang terbaru di Quill City Mall yang terletak ditengah bandaraya Kuala Lumpur. Jika dahulu abam kaw telah dijemput ke Majlis perkenalan duta baru di outlet mereka yang terletak di Shah Alam , tetapi kini abam kaw dijemput bagi majlis perasmian outlet baru mereka. 


Untuk pembukaan outlet terbaru ini, mereka mengenengahkan konsep vintage dan sedikit soft modern menjadikan gaya yang dikeluarkan oleh jenama XES ini mudah diterima oleh semua orang. 


PR Manager bagi XES Premium, Cik Sabrina telah bertindak menjadi pengacara majlis pada tengahri itu. Abam dapati ramai rakan blogger dan juga rakan media yang hadir untuk memberi sokongan kepada pembukaan ini. 


Majlis perasmiana XES Premium ini telah dirasmikan oleh Duta XES iaitu Cik Mico Pun bersama-sama dengan Managing Director of Shellys Marketing.


Turut diselitkan adalah pertunjukan runway kasut-kasut terbaru daripada mereka. Secara peribadi abam kaw, koleksi terbaru mereka ini memang cantik untuk digayakan secara casual ataupun formal.






Seperti biasa diakhir majlis, kami rakan blogger diberikan peluang untuk merasai keselesaan menggayakan jenama XES ini dengan memberi secara PERCUMA sepasang koleksi mereka untuk dibawa pulang.

Haa time ni laa abam kaw bagai nak terpitam sebab banyak yang abam kaw suka tetapi hanya 1 saja yang dibenarkan untuk dibawa balik. 


Akhirnya kasut berpotongan tinggi ini menjadi pilihan abam kaw disebabkan abam kaw pun tak pernah ada koleksi seperti sebelum ini. 


Secara peribadi, abam sangat-sangat berpuas hati dan memang mencadangkan kepada korang untuk mencuba menggayakan kasut dari jenama XES ini. Tidak salah untuk mencuba sesuatu yang baru. Kalau sedap, korang sudah boleh untuk kekalkan bersama jenama ini. 


Terima kasih abam ucapkan kepada pihak XES Premium kerana menjemput dan menerima kehadiran abam kaw didalam majlis ini. 

Bagi sesiapa yang ingin melihat dan mencuba kasut dari jenama XES ini, korang boleh melawat ke XES Premium yang terletak di Quill City Mall, Kuala Lumpur:

XES Premium @ Quill City Mall, Kuala Lumpur
Address : F4-13 & F4-13A, 4th Floor, Quill City Mall,
Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur



Teater Bangsawan Sinbad | Dendam Ratu kala

$
0
0
Teater Bangsawan Sinbad Fauzi Aryaan



Teater Bangsawan Sinbad | Dendam Ratu kala | Sekali lagi Jabatan Kesenian & Kebudayaan Negara (JKKN) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan mementaskan sebuah pementasan yang bertajuk Teater Bangsawan Sinbad - Dendam Ratu Kala yang merupakan sambungan daripada Teater Bangsawan Sinbad - Batu permata Dewa pada tahun 2009. 

Sinopsis Teater Bangsawan Sinbad

‘Teater Bangsawan Sinbad - Dendam Ratu Kala’ mengisahkan tentang apa yang telah terjadi selepas kematian Ratu Sheeba, anak kepada Ratu Kala. Ratu Kala ingin membalas dendam di atas kematian anaknya lalu menculik Permaisuri Jasmin sebagai tebusannya. Sinbad menjadi hilang punca arah dimana kedudukan kerajaan Ratu Kala adalah di Alam Hitam.

Dia ingin memulakan pelayaran, sementara itu dia berjanji jika tidak kembali dalam sepurnama, ayahanda saudara Jasmine Jaafar akan menjadi Sultan. Sinbad meminta pertolongan Tiga Setan Ratu Sheeba yang mengetahui kerajaan Ratu Kala. Sementara itu, Puteri Jasmin telah ditukar sifatnya menjadi Sheeba oleh Ratu Kala dan pelayaran Sinbad terhalang dengan kuasa sihir setelah berhempas pulas berjuang.

Teater Bangsawan Sinbad - Dendam Ratu Kala

Bagi sesiapa yang ingin menyaksikan pementasan teater ini, korang boleh saksikan teater ini:

Tarikh : 7, 8 dan 9 November 2014 (Jumaat, Sabtu dan Ahad)

Masa : 8.30 malam

Tempat : Auditorium DBKL Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur

Bayaran masuk : RM 5 & RM 50 (Premier)

Atau boleh hubungi urusetia Teater Bangsawan Sinbad - Dendam Ratu Kala:

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)
Tel : 03-26148200 / 012-287 3461 / 016-5539062 (Roy)/ 019-7082421 (As)

Resepi Jeruk Epal Asam Boi | Fenomena Makanan Di Malaysia

$
0
0
Resepi Jeruk Epal Asam Boi Fauzi Aryaan

Resepi Jeruk Epal Asam Boi | Fenomena Makanan Di Malaysia | Jeruk epal asam boi cuba mengubah fenomena jeruk mangga asam boi. Sejak dua menjak ni, abam kaw perasan dengan fenomena jeruk mangga asam boi ni haa. Abam pon sedikit pelik dengan fenomena makanan yang menjadi-jadi. 

Kalau dahulu sebuk dengan fenomena durian crepe, pavlova, red velvet dan sebagainya. Terkini, jeruk mangga asam boi menjengah fenomena ini. 

Abam pun cuba untuk masuk kedalam fenomena itu dengan mencuri idea tersebut dan menaiktaraf sesuatu yang baru. 

Jeruk epal asam boi. Sedikit pelik bukan? Nah ini adalah resepi abam kaw yang abam pasti korang pasti akan menyukai resepi jeruk epal asam boi ini. Sangat mudah yeee.

Bahan-bahan:
  • Epal hijau
  • Cili padi
  • Asam boi berwarna merah
  • Sedikit air kapur makan
Cara-cara:
  • Epal hijau hendaklah dikupas kulitnya dan kemudian direndam sebentar dengan air kapur makan dan kemudian ditos.
  • Masukkan epal yang sudahn ditos kedalam bekas
  • Potong cili api mengikut kadar kepedasan yang korang suka
  • Campurkan cili api dan asam boi merah kedalam mangkuk bersama-sama epal tadi
  • Masukkan kedalam peti sejuk semalaman
  • Sedia untuk dihidang

Tips Jeruk Epal Asam Boi: 

- Asam boi merah mempunyai kemasaman dan kemasinan sangat kena dengan tunas rasa abam kaw ni haa. Selain itu ianya akan memberi berlainan dengan orang-orang yang hanya menggunakan asam boi putih tu haaa. 


- Kapur makan digunakan untuk menjadikan epal korang tadi akan kekal rangup dan sangat berahi untuk dimakan dikala sejuk. 

Nahhh. Mudahkan resepi epal asam boi dari abam kaw ni kan?? So korang sudah boleh mencari-cari epal hijau untuk korang mencuba respi abam kaw ni haaa.

Kris Dayanti Live in KL 2014 | Persembahan Mantap Kris Dayanti

$
0
0

Kris Dayanti Live in KL 2014 | Persembahan Mantap Kris Dayanti | Persembahan yang mantap dan sangat menghiburkan adalah perkataan yang boleh abam kaw katakan untuk persembahan Kris Dayanti Live in KL 2014 yang berlangung di Dewan Plenary KLCC. 

Tempoh hari abam kaw telah dijemput oleh rakan abam kaw untuk sama-sama menonton persembahan daripada primadona dari indonesia ini iaitu Kris Dayanti. Sejujurnya ini adalah pengalaman pertama abam kaw untuk melihat persembahan daripada beliau secara depan mata.

Sepanjang pengamatan abam kaw, ramai artis yang turut serta untuk menyaksikan persembahan daripada Kris Dayanti antaranya Fara Fauzana, Umi Nazirah, Dato' Shila Majid, Dato' Siti Nurhaliza dan suami, Datin Umi Aida dan ramai lagi. Memang cukup meriah.


Persembahan yang memakan masalebih kurang 3 jam bukan sahaja persembahan secara solo, malah Kris Dayanti juga telah bersama-sama dengan anak beliau hasil perkongsian hidup dengan bekas suaminya Anang iaituAurel Hermansyah yang sangat cantik persisi ibunya dan juga Hafiz Suip yang sangat popular dengan lagu Matahari. 


Sepanjang persembahan kami didendangkan dengan agu-lagu daripada album beliau dan juga beberapa buah lagu daripada artis Malaysia seperti SINARAN - Dato' Shila Majid dan juga GETARAN JIWA - P. Ramlee


Yang menarik sepanjang konsert ini, Kris Dayanti telah mengenekan lebih kurang sedozen persalinan yang sangat unik sesuai dengan status diva Indonesia. 


Lebih unik apabila sampai disegmen duet. Beliau telah menjemput anak kandung beliau Aurel untuk mendendangkan 2 buah lagu. Yess agak unik gandingan ibu dan anak ini kerana masing-masing punya vokal tersendiri. 


Persembahan menjadi makin panas apabila Hafiz Suip muncul dengan lagu Mataharidan kemudian beliau berduet dengan Kris Dayanti dengan lagu MUARA HATI dan juga CINTA. 


Persembahan makin bingit apabila Kris Dayanti mula turun kepentas dan sempat menarik rakan baik beliau iaitu Dato' Siti Nurhaliza yang sedang duduk menonton untuk sama-sama berduet dengan lagu JIKA KAU TAK DATANG yang pada asalnya lagu tersebut secara original adalah lagu duet mereka berdua. Memang sebuah persembahan yang sangat-sangat ditunggu-tunggu. 


Secara keseluruhan, abam sangat berpuas hati dengan persembahan Kris Dayanti Live in KL 2014 tempoh hari. Jutaan terima kasih kepada rakan abam yang sudi menjemput untuk sama-sama menyaksikan persembahan ini. 

gambar sumber: OHBULAN !

Ruza Malaysia | Minuman Kesihatan

$
0
0
Ruza Malaysia Fauzi Aryaan

Ruza Malaysia | Minuman Kebaikan Kesihatan | Sejak kebelakangan ini, lambakan minuman kesihatan dipasaran memang ternyata ketara. Abam sendiri telah mencuba banyak jenama minuman kesihatan untuk kekal sihat. Masing-masing memberi keistimewaan tersendiri.

Ruza Malaysia Fauzi Aryaan


Bila sebut produk untuk kebaikan, mudan dan sedap, abam rasa ramai yang menyukainya. Begitu juga dengan abam kaw. Terbaru, produk dari RUZA MALAYSIA memberi sedikit berlainan. Mereka telah mengeluarkan produk minuman kesihatan iaitu  Ruza Nutridrink Cafe Latte Mix dan juga Ruza Nutridrink Choc-o-lait Mix.

Ruza Malaysia Fauzi Aryaan

Kebaikan Minuman Kesihatan

Yang istimewanya, produk minuman keisihatan ini ditambah dengan ekstrak badam, betik dan tomato dimana kebaikan badam dan juga tomato adalah untuk kesihatan kulit dan juga betik pula baik untuk penghadaman kita menjadikan ianya hidangan minuman kesihatan seisi keluarga.

Ruza Malaysia Fauzi Aryaan

Produk yang dijamin HALAL oleh JAKIM ini memang mudah disediakan. Dengan 3 cara mudah iaitu koyak, tuang dan minum kopi latte campuran keluaran RUZA MALAYSIA ini menjadikan ianya sesuai untuk hidangan sekeluarga. 

Ruza Malaysia Fauzi Aryaan


Bagi sesiapa yang ingin mencuba minuman kesihatan daripada RUZA MALAYSIA, korang boleh dapatkan informasi di:


RUZA MALAYSIA
KT-, Dynasty Hotel, Jalan Ipoh, 
51200 Kuala Lumpur

Email: beautedollface@gmail.com

Website: www.ruzamalaysia.com

Facebook: RUZA MALAYSIA


Pizza Hut Malaysia | Jam Packed Pizza

$
0
0
Jam Packed Pizza

Pizza Malaysia | Jam Packed Pizza |Pizza Hut Malaysia sekali lagi telah melancarkan pizza terbaru mereka dipanggil Jam Packed Pizza. Apa yang menariknya pizza ini berbanding pizza-pizza yang dikeluarkan sebelum ini? Haaa nantikan.

Jam Packed Pizza

Majlis memperkenalkan pizza terbaru, Jam Packed Pizza ini telah diadakan di Restoran Pizza Hut Maju Junction Kuala Lumpur yang diadakan dengan serba sederhana tetapi meriah telah dihadiri oleh rakan-rakan blogger. 

Keistimewaan Jam packed Pizza

Jam Packed Pizza

Apa keistimewaan jam packed pizza untuk kali ni? Jam-Packed Pizza baru ini disusun dalam dua lapisan inti bertingkat dengan dua kelazatan dalam setiap sajian.

Jam Packed Pizza

Apa yang menjadikan pizza ini istimewa adalah kerana kerak limpahan keju yang dilapisi tortilla rangup bersama pepperoni ayam dan sensasi sos pesto. Digandingkan lagi dengan chicken pepperoni florets, lada benggala serta hirisan daging ayam yang cukup lazat. 

Jam Packed Pizza

Pizza lapisan bawah pula lengkap dengan kepingan pepperoni ayam dan bahan-bahan segar yang lain. Pendek kata, pizza ini memang padat dengan pelbagai rasa.

Menu-menu Lazat

Selain dengan jam pacekd pizza yang terbaru, pizza hut juga turut menyediakan menu-menu lazat yang sudah tentu membuatkan pengunjung terkesan dengan rasa yang diberikan. 

Disenarikan ini adalah menu-menu lain yang sangat menyelerakan untuk dinikmati. Secara peribadi abam kaw sangat suka dengan Molten Lava Cake kerana kehangatan coklat cake bersama coklat cair yang mengalir keluar dan ditambah dengan kenikmatan ais krim vanila memang memberi suatu kenikmatan. Perghhh !!

Jam Packed Pizza
Sharing Platter
Jam Packed Pizza
Creamy Fondue
Jam Packed Pizza
Pollo Arrabiata Spagetti

Jam Packed Pizza
Molten Lava Cake
Jam Packed Pizza
Cinnamon Twist
Jadi apa tunggu lagi. Jom singgah ke mana-mana Restoren Pizza Hut diseluruh Malaysia untuk menikmati apa yang abam kaw sudah rasai.

Bagi anda semua yang ingin mencuba, boleh dapatkan informasi di:

Delivery
1 300 88 2525

Facebook

Twitter

Instagram


Terima kasih kepada Pizza Hut Malaysia kerana menjemput abam kaw dan rakan-rakan blogger lain untuk memeriahkan Jam Packed Blogger Party yang havoc !!!

Menu Delifrance Malaysia Sempena Krismas

$
0
0



Menu Delifrance Malaysia Sempena Krismas | Sempena sambutan Krismas yang akan hadir pada 25 Disember nanti, Delifrance Malaysia telah menyediakan pelbagai jenis menu yang khusus bagi sambutan Krismas. Sambutan Krismas akan lebih meriah dengan adanya manisan-manisan yang enak untuk dijamu kepada tetamu. 

Untuk sesi pengenalan ini, pihak Delifrance Malaysia telah menjemput abam kaw dan rakan blogger lain untuk sama-sama merasai menu khas sempena kehadiran Krismas. 

Majlis yang diadakan di Delifrance Malaysia, Avenue K bersebelahan dengan KLCC memang meriah dengan pelbagai aktiviti dan sesi makan-makan. 

Menu Pastri Delifrance Malaysia

Untuk menu pastri, Delifrance Malaysia memperkenalkan menu seperti Santa Play Land Gift Cake, Rocky Land Gift Cake, Salted Caramel Tea Cake with Walnut & Double Chocolate Tea Cake serta Cupcake yang comel. 

Santa Play Land Gift Cake
Santa Play land Gift Cake
Santa Play Land Gift Cake - Kek berperisa red velvet yang enak ditambah dengan sapuan krim cheese masam manis.

Rocky Land Gift Cake
Rocky Land Gift Cake
Rocky Land Gift Cake - Kek lembut yang menggunakan coklat Belgium ini adalah pilihan tepat untuk perayaan Krismas nanti. 

Salted Caramel Tea Cake with Walnut & Double Chocolate Tea Cake
Salted Caramel Tea Cake with Walnut & Double Chocolate Tea Cake
Salted Caramel Tea Cake with Walnut & Double Chocolate Tea Cake - Kek yang lembab dan sangat lembut sesuai diwaktu minum petang. Salted Caramel Tea Cake with Walnut diatasnya penuh dengan kepingan kacang walnut dan Double Chocolate Tea Cake yang dipenuhi dengan cip coklat diatas keknya memang sangat mengujakan.

Cupcake
Cupcake - Didatangi dengan 3 perisa yang tersedia iaitu vanila, coklat dan strawberi. Kek yang lembut lembab pas akan memberi keenakan kepada sesiapa yang menikmatinya. 

Menu Set Sempena Krismas di Delifrance Malaysia

Sempena Krismas yang akan menjelang, Delifrance Malaysia hadir dengan menu set dimana menu set ini didatangakn sekali dengan F&N Season's Iced Lemon Tea. Untuk set menu ini, mereka menyediakan 4 jenis menu khas sempena Krismas iaitu Cheesy Turkey Spaghetti, Provencal Lamb Stew, Poached Salmon with Creamy Dill Sauce dan Lasagna

Chessy Turkey Pasta
Cheesy Turkey Spaghetti
Cheesy Turkey Spaghetti - Spegeti empuk yang dilimpahi dengan sos cheese berkrim dan dihiasi dengan daging ayam turki yang dipanggang. 

Bagi abam kaw, keenikmatan akan terasa apabila digaul sekali sebelum dijamah. Memang sedap kerana sos yang sangat berkrim dan juga herba-herba asli didalamnya. 

Provencal Lamb Stew
Provencal Lamb Stew
Provencal Lamb Stew - Daging kambing yang dipanggang dan dilimpahi dengan sos coklat dan didatangkan sekali dengan salad dan kentang putar. 

Rasa stew kambing ini bagi abam kaw lebih kurang rasa seperti kita memakan kari kambing. Rempah yang diadun memang cukup rasa.

Poached Salmon with Creamy Dill Sauce
Poached Salmon with Creamy Dill Sauce
Poached Salmon with Creamy Dill Sauce - Ikan salmon yang dikukus elok dan dilimpahi dengan sos berkrim dan didatangkan sekali dengan kentang putar dan salad.

Menu ini paling abam kaw suka. Ikan salmon dia memang dimasak elok dengan kentang putar dan juga campuran salad.

Jadi, bagi anda semua yang ingin merasainya jom ke cawangan-cawangan Delifrance Malaysia yang terdekat untuk merasai menu-menu hebat ini. Abam yakin anda semua pasti menyukainya. 

Untuk lebih informasi lanjut, anda semua boleh lawati: 


Facebook: Delifrance


Oh lupa pulak abam hendak beritahu, menu baru yang diperkenalkan HANYA terdapat di semua cawangan Delifrance Malaysia KECUALI semua cawangan dilapangan terbang dan juga Seremban.

Terima kasih kepada pihak Delifrance Malaysia Avenue K kerana menjemput abam kaw dan juga rakan blogger lain untuk sesi perkenalan menu ini. 

Gambar kredit: www.mawardiyunus.com 


6 TIPS MENGAWAL PEMAKANAN

$
0
0
TIPS MENGAWAL PEMAKANAN

6 TIPS MENGAWAL PEMAKANAN | Korang jenis yang susah nak kawal makan? Jom abam kaw kongsi sedikit mengenai tips mengawal pemakanan

Abam yakin korang semua samada lelaki mahupun wanita inginkan tubuh yang cantik dan sihat. Susuk tubuh yang menarik dan sihat boleh meningkatkan kadar keyakinan seseorang didalam kegiatan seharian seseorang. 

Bagi anda yang sedang berdiet, pasti ingin diet dengan mengurangi nafsu makan. Bagaimana mahu mengurangi nafsu makan yang berlebihan itu dengan lebih berkesan?

Tips Mengawal Pemakanan 

Ini abam kongsikan tip mengawal pemakanan supaya korang boleh gunapakai didalam kehidupan seharian. 

1. Minum air masak dengan lebih banyak

Ramai di antara kita yang tidak dapat membezakan antara rasa lapar dengan dehidrasi.

Adakalanya korang merasakan perut kosong dan menganggapnya sebagai rasa lapar. Korang kemudian mengambil makanan yang sebenarnya tidak diperlukan oleh tubuh. Untuk mengatasinya, anda harus selalu bersedia dengan air masak sebagai ‘jalan selamat’ jika anda terasa ‘lapar’.

2. Bersenam

Buang jauh-jauh anggapan sebahagian orang bahawa bersenam hanya akan membuatkan anda berasa semakin lapar; bersenam justeru akan membantu mengurangi nafsu makan!

3. Jangan lambat bersarapan!

Dalam menjalani aktiviti harian anda, sarapan sangat penting. Jadi, jangan lengah-lengahkan waktu sarapan pagi. Jika anda tidak bersarapan, anda akan berasa sangat lapar. Kesudahannya, anda akan mengambil makan tengahari dengan jumlah lebih banyak. Perkara ini tidak baik bagi tubuh. Dengan bersarapan, maka metabolism tubuh anda akan bekerja lebih awal, dan membuatkan anda berasa lebih lama kenyang.

4. Pengambilan protein ketika sarapan

Protein membantu anda mempertahankan energi dan tenaga untuk melakukan aktiviti sepanjang hari. Oleh sebab itulah, sebaiknya ambil makanan yang rendah kalori namun berprotein tinggi ketika bersarapan pagi.

5. Pengambilan teh

Korang gemar kudap-kudapan , terutama makanan ringan seperti kerepek atau coklat pada petang hari atau ketika anda berasa bosan/stress? Ganti kebiasaan kudap-kudapan tersebut dengan minum teh hijau panas. Ekstrak teh hijau akan meningkatkan ‘norepinefrin’(hormone yang meningkatkan pengeluaran kalori) pada taraf sel sehingga pengeluaran kalori dapat ditingkatkan. 

Selain itu, teh hijau juga dapat meningkatkan metabolism lemak, pengeluaran kalori dan penurunan berat badan.

6. Makan dengan teratur

Makan besar dengan jumlah yang banyak sekali atau dua kali dalam sehari menjadi satu kesalahan, Yang penting, adalah makan dengan teratur tiga hingga empat kali sehari, namun dengan jumlah yang sedikit. Perkara ini akan menghindarkan korang daripada sering berasa lapar, yang biasanya akan membuatkan korang makan lebih banyak.

Semoga tips mengawal pemakanan yang abam kongsi ini diharap dapat membantu kearah kehidupan yang lebih sihat dan mejadikan tubuh yang lebih montok. 

Adaptasi info : Women Online Magazine


HAKATA TORIMON | Manisan Popular Jepun

$
0
0
Hakata Torimon Fauzi Aryaan

HAKATA TORIMON | Manisan Popular Jepun | Manisan yang berupa kek lembut leper yang dipanggil HAKATA TORIMON ini adalah manisan yang sangat popolar di Fukuoka, Jepun.

Keistimewaan Manisan Popular Jepun


Hakata Torimon Fauzi Aryaan


Bentuknya seakan-akan kuih dorayaki yang selalu digambarkan didalam siri animasi kartun Doremon ini menjadi terkenal saban tahun kerana rasanya yang tersendiri.

Hakata Torimon Fauzi Aryaan

Boleh dikatakan HAKATA TORIMON ini menjadi manisan cenderamata wajib untuk diberikan kepada rakan-rakan sekiranya berkunjung ke Fukuoka, Jepun ini. 

Hakata Torimon ini adalah sejenis kek jem kacang tradisional yang diperbuat dari krim susu segar dan mentega. Sebaik sahaja korang memakan HAKATA TORIMON ini, abam pasti korang mesti akan suka.

Hakata Torimon Fauzi Aryaan

Apa pun terima kasih kepada owner www.geng-lepak.com kerana memberi cenderamata ini sebagai tanda kenangan dari Fukuoka, Jepun.

PUDING RAJA | Hidangan Istana Raja

$
0
0

PUDING RAJA | Hidangan Istana Raja |Puding Raja yang dahulunya menjadi menu pencuci mulut yang popular bagi golongan istana di Negeri Pahang kini telah menjadi popular dikalangan rakyat jelata khususnya dikawasan Pekan, Pahang. 

Keistimewaan Puding Raja

Apa keistimewaan Puding Raja ini berbanding menu pencuci mulut yang lain? Bagi abam kaw, keistimewaan Puding Raja ini adalah terletak pada penyediaannya yang agak menguji kesabaran. Ini kerana kalau kita melihat juadah pencuci mulut yang lain, biasanya bahan-bahan akan dicampurkan menjadi satu adunan dan dimasak terus. 

Berlainan pula dengan Puding Raja ini kerana ianya akan dimasak satu persatu dan dihidangkan secara berlapis-lapis didalam satu bekas. 

Bermula dengan pisang lemak manis/emas yang digoreng, kemudian jala/urat emas, ditaburkan sedikit buah prun, buah ceri, biji gajus dan akhirnya dicurahkan kuah kastar. Haa nampak gambaran cara penyediannya. 


Untuk pengetahuan semua, fokus bagi penyediaan terpenting bagi Puding Raja ini adalah terletak pada pemilihan pisangnya. Pisang lemak manis atau pisang emas adalah yang terbaik didalam penyediaan Puding Raja ini. Sekiranya pisang jenis lain yang digunakan, rasanya tidak akan menjadi. 

Nahhh nampak kan betapa unik dan tersendirnya penyediaan Puding Raja ini berbanding menu pencuci mulut yang lain kan? Apa yang abam kaw boleh beritahu, rasanya memang sangat unik dengan rasa lemak berkrim sos custard dan juga rasa masam manis dari buah prune didalamnya. Memang terbaik.

Terima kasih kepada kawan abam kaw kerana memperkenalkan menu pencuci mulut yang sangat sedap ini kepada abam. Memang sangat berbaloi sangat dari segi rasa dan juga cara penyediaannya.

Viewing all 69 articles
Browse latest View live